Saatnya ku berkata
mungkin yang terakhir kalinya
Sudahlah lepaskan semua
kuyakin inilah waktunya
Mungkin saja
kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja
rasa itu telah pergi
Dan mungkin bila nanti
kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba
tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin
saat semua disini
Dan bila hatimu termenung
bangun dari mimpi2mu
Membuka hatimu yang dulu
cerita saat bersamaku
Mungkin saja
kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja
rasa itu telah pergi
Dan mungkin bila nanti
kita kan bertemu lagi
Satu pintaku
jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin
saat semua disini
Tak usah kau tanyakan lagi
simpan untukmu sendiri
Semua sesal yang kau cari
semua rasa yang kau beri
-Peter Pan-
Monday, May 29, 2006
What Kuzer really heard Grace.....aku suke giller lagu ni sebab die punyer ketulusan lirik die...jom kite hayati....bagi sesiapa yang baru putus cinta tu...lagu ni boleh buat tangkap leleh tau...try it..(cewah ader orang terasa....kekekeke)
뚜루루 뚜루루 뚜 정말 괜찮을 거야 Du ru ru du ru ru It will be ok
뚜루루 뚜 Du ru ru du.. 우리 바보같음에 사랑을 놓쳐도 Even we are a fool lover whose lose their love
라라 라라라라라 라라 라라라라라 La la la la la la
괜찮아 질거야 It would be ok
마음 여미고 한껏 단장을 하고 As my heart shake and I put make up with full effort
그대와 걷던 거리에도 혼자서 I walk with her and we are alone in the road
씩씩한 걸음 살짝 붉어진 얼굴 With a fast walk and the face which has turned to be red
너를 잊기 좋은 날 That makes that it is the perfect day to forget you
눈물쯤은 흘려줘도 괜찮아 A slight of tears would be ok
라라 라라라라라 라라 라라라라라 La la la la la la la la la
다 슬픔 씻어 내기 위한 거니까 Becaus the tears would wash the sadness away
이젠 자유로운 내가 될거야 And now it is time for me to be real free
사랑 사랑 멀리 떠나라 Please go really far my love
내 너를 믿고 눈물 흘린 날 두고 You are the one who I trust and now you leave me crying alone
Amacam? Nangis tak..lagu ni lagu fast number taus....tapi lirik die amat la meaningful..terutama bagi orang yang putus cinta...keke....jom layan rock kapak....lagu Bougainvilla...
p/s ape motif du ru ru? Entah aku pon tak tahu...kalau lalala tu tahu la....dururu...kena tanye cikgu bahasa nihhh
Rase happy giler hari ni.Aku rase aku akan happy setiap kali hari Khamis sebab ada lab. Dalam lab tu aku sorang jer dak Msia...So terasa agak famous diambil berat akan kewujudan aku....Setiap kali kelas mesti kena panggil oleh sorang dua abang yang lebih tua (ader ker abang yang lebih muda) dari aku...Kena kasi report aku wat ape mase festival la....buat ape hujung minggu....So,aku akan kasi report..masa festival nak main lompat lompat tu tak jadi...agak kesian...haha
Terasa cam diva pon ada kejap.Tips la sikit.Kalau terasa nak rase seperti diva maka amiklah kelas sensorang tanpa teman teman lain..Nescaya anda akan famous tanpa anda sendiri sedari..
Hmm pastu diorang pakat pilih aku jadi ketua untuk next lab....haha...report kena pass kat aku..Ni lah first time dalam hidup aku jadi ketua untuk dak dak Korea..terasa flattered,suked,gembired...semua ader....Rase dihargai la pulaks....
Har har har....mood kena baik....baru lah hidup aman damai...yer dak? Sambil kenyit kenyit mata........
Ha ni tetiba Abang yang selalu suruh report ape aku wat tepon..gembira katanya....dah dapat girlfriend baru....bagus bagus.....maju setapak.....Ala orang ader jakyeok..senang la nak dapat...sekali petik..sepuluh yang datang tau......Huh.......
Ingat pesanku..kalau nak jadi diva amik kelas sorang..ok?
Hangins mode Bile tipon pastu cakap takde ape ape...Aku tipon dah beria pastu macam moksori tu tak banggawo sangat. Malas aaa aku tipon cam tu.
Tup tup dah seminggu lebih aku tak tipon kate accident lak.Ish mamat ni pon satu. Degil la.Tak tahu la mewarisi perangai sape. Aku cakap elok elok amik lesen tak nak. Masuk kolej pon tak nak.Masuk University sah sah tak layak.Nak jadi ape ntah.Kang aku lanyak sekali baru tahu.
Nak kerja tapi tak disiplin.Dak ingusan besa aa...Ingus tak abis lagi. Ee geram tol aku.Kate orang tak mahu dengar. Nak dengar cakap sape lagi?
Abis dah keta kancil tu. Tak tahu ler aku ape nak jadi...Malas tol aku nak duduk kat Msia cam ni.Sure pening kepala aku pasal mamat sekor ni. Ader reason aku malas nak balik. Independent sikit.Tak yah pening kepala..Eee kalau ader depan aku aku sepak sekali muke tu biar rase sikit...
Die pikir die bagus ker?Kenapa la aku kena handle ngan mamat mamat yang cam nih..Kalau semua nyer dengar cakap tak leh ker?
Young adult in red makan ice cream.Teman tapi mesra...bersama Kyeong Ah...garden party
Waaa habis gak cerpen aku....oleh sebab buat cerpen jer takde masa nak hapdet pasal diri aku nih..well lately ni banyak sangat party party nih....Ader garden party for foreigner student semalam..And hari ni pulak hari muhibbah.Tema merah...
Terasa bile pakai key tu macam M. Rajoli dalam cite ape ntah....
Sampai orang tanye "Mana motor Harley ko?"...haha
Ape ape pon,even hari muhibbah kali ni agak kurang best berbanding tahun tahun sebelum nyer...tapi ok la...mixing and giggling around.....
Sebuah kisah klasik untuk masa depan (siri akhir) Disclaimer: Cerita ini hanya Fiksyen semata mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang bukan hidup.Sebarang plagiarism terhadap karya adalah subjective pada pengarang dan pengarang boleh membawa isu ini ke mahkamah sekiranya karyanya di plagiarism tanpa notis.
Hasbi kelu seribu bahasa. Renik air mata jatuh satu persatu dari kelopak matanya.
"Kami minta maaf.Kazer tak dapat diselamatkan."Begitulah butiran kata kata doktor yang merawat Kazer.Pendarahan teruk di kepalanya mendatangkan keparahan besar buat dirinya.Benar,keparahan besar buat Kazer. Tetapi lagi besar keparahan yang Hasbi rasakan.
Air mata mencurah lagi. Hasbi yang tinggi egonya itu tidak mampu menahan sebak. Hatinya tidak mampu ditafsir oleh kata kata. Pilu menggigit jantung meruntun hati,mengulit jiwa dalam luka yang tidak berkesudahan.
"Aku minta maaf Kazer." Hasbi tersedu sedan di sebelah katil Kazer. "Aku tahu aku bukan kawan yang terbaik untuk kau.Aku tahu kau ikhlas...aku tahu hati kau tak pernah berkira dengan aku.Aku yang tak nampak itu semua.Aku minta maaf Kazer,Aku mintak maaf..." Tumpah lagi air mata. "Kazer, bangunlah ...Kazer....Kazer...aku tahu kau akan bangun...Kazer.... Digoncangnya tubuh Kazer yang dibaluti selimut putih itu.
"Maafkan aku Kazer" Hasbi sudah kekeringan air mata. Semangatnya hilang seperti buih yang memecah di gigi pantai.
Ditatapnya key chain berbentuk replika penyu pemberian Kazer. Itulah pemberian hadiah terakhir Kazer untuk Hasbi.
"Hasbi, ni untuk awak. Hadiah kecik jer. Saya nak mintak maaf for everything. Mana tahu kita tak boleh sambut birthday awak tahun depan." Terngiang lagi kata kata Kazer pada hari jadi Hasbi yang lepas. Kata kata itu seperti satu kenyataan kini. Satu kenyataan yang pahit untuk ditelan.
"Nanti awak nak kasi apa for my birthday pulak. Baik kasi awal awal. Mana tahu nanti tak sempat"
Butir bicara Kazer datang menerpa ke telinga Hasbi satu persatu. Kenapa Kazer? Kenapa kau pergi dulu? Bagilah aku peluang menjadi kawan kau yang terbaik.Berikan aku peluang untuk berubah.
"Saya tak mintak apa dari awak. Just tolong consider hati orang lain" itulah kata kata Kazer yang paling diingatinya. Itulah dan itulah yang sampai kini dia tidak tahu bagaimana untuk mengubahnya.
Di luar, daun daun kuning keguguran di lewat petang musim luruh. Jatuhnya sayu sebagaimana sayunya hati Hasbi meratap pemergian Kazer.Air mata bergenang lagi untuk kesekian kalinya
'Jabat tanganku, mungkin untuk yang terakhir kali, sampai jumpa kawanku, semoga kita selalu, menjadi sebuah klasik untuk masa depan' mungkin diriku, masih ingin bersama kalian, mungkin jiwaku, masih mahu sanjungan kalian Dan di luar, daun daun pun berguguran.....
Disclaimer: Cerita ini hanya Fiksyen semata mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang bukan hidup.Sebarang plagiarism terhadap karya adalah subjective pada pengarang dan pengarang boleh membawa isu ini ke mahkamah sekiranya karyanya di plagiarism tanpa notis.
Lantas Kazer membaca sms yang baru diterimanya.
"Terima kasih sebab accompany beli ayam.Jumpe malam nanti untuk masak masak.Selamat Hari Raya in advance".
Kazer hanya tersenyum sendirian.Hasbi memang selalu kasi mesej appreciation.Caring dan concern nya memang pandai diterjemah dalam sms atau pun ketika chatting. Tapi dalam dunia nyata sebenarnya Hasbi agak static dan tidak pandai memeriahkan suasana.Begitu zahirnya Hasbi.Pernah sekali Kazer bershopping dengan Hasbi di Myeong Dong,ternyata agak kekok,janggal dan 'terasing' sekali Kazer rasakan.Bosan serasa mahu pitam.
Malamnya seperti yang dijanjikan,kesemua pelajar tahun 3 berkumpul beramai ramai di Corea University.Memasak dan menyediakan juadah sempena hari raya yang akan disambut keesokan harinya.
Di satu sudut, Kazer bersendirian.Ternyata baginya berkumpul ramai ramai sebegini pon tidak bisa mengubati kerinduan pada family dan sanak saudara di Malaysia.Dipujuk hatinya seraya berkata "Takpe, ada satu tahun lagi,lepas tu boleh lah sambut raya dengan meriah sekali".Jauh di sudut hati,rindu pada masakan rendang buatan nenek sememangnya menggamit ulu hati untuk kembali ke tanah air.
******
Pagi hari raya itu,kesemua pelajar bersolat raya di embassy.Tapi tidak bagi Kazer,dia sengaja bersolat sendirian di rumah dan kemudiannya menghadiri kuliah.Dia tidak tahu mengapa hatinya seperti tertutup untuk ke embassy dan bersama sama pelajar lain merayakan girang hari lebaran.
Di dalam kelas satu sms diterima dari Hasbi
"Tak datang embassy ker?Kami kat sini tengah makan makan.Datang lah"
Kuzer tidak langsung teruja dengan sms itu.Ditutupnya kembali handphone dan pandangannya tertumpu pada professor Korea yang berleter keseorangan di hadapan.Pandangan mata Kazer ternyata tembus ke papan hitam dan dia mula berkhayal.Tidak satu pun butiran kata kata professor yang di'save' ke dalam jendela pemikirannya.
Habis kelas,kaki dilangkah malas ke stesyen bas.Kazer berkira kira sama ada mahu pergi atau tidak ke embassy."Kalau aku takde pon,bukannya hambar majlis tu pon."Otak kiri Kuzer memutarkan ayat itu. "Ala pergi jer la, kalau sensorang kat rumah pon bukan best.At least leh makan makan kat embassy" Sebelah otak kanan Kuzer pula menyarankan.Akhirnya dinaiki juga bas 123 itu ke embassy.
Sejurus sampai, dapat didengarnya kemeriahan riang ketawa pelajar pelajar semua sambil menikmati juadah yang disediakan.Di kejauhan Kazer nampak kelibat Hasbi dengan baju cekak musang warna biru firus bersama songket Terengganu warna sedondon.Wah,sakan nampaknya Hasbi.Kazer pula hanya dengan kemeja kotak kotak Calvin Klein yang dibeli ayahnya di Paris.
"Hai Kazer.Datang juga ya.Ingatkan tak datang."Tiba tiba Hasbi menegur Kazer dari belakang ketika Kazer mengambil minuman.Kazer tidak ada selera makan.Seleranya mati setiap kali raya pertama.
"Hmm baru jer sampai.Wah,lawa nya baju.Siap songket lagi tu".Kazer memuji ikhlas.Memang Hasbi sesuai memakai Baju melayu cekak musang kerana lehernya jinjang.
"Kenapa tak makan?Takkan lah homesick kot."Hasbi bertanya lagi.Tersenyum lantas mengenyit mata cuba menggamit suasana.
"Hehe..takde lah...kejap lagi saya makan lah" Kazer pula tersenyum kali ini.
"Hmm saya terlupa nak telefon Lee Kim Mang. Dia merajuk dengan saya sebab tak ajak dia makan rendang kat embassy.Lee memang suka makan rendang" Hasbi tiba tiba bersuara kesal.Kazer tahu Hasbi memang rapat dengan Lee Kim Mang sejak di Myong Yang College lagi.
Dalam hati Kazer berkata "Tu lah ko.Ko mana la nak ingat member.Selfish,salmon fish,raw fish,fish and chip, chipsmore...Moero Attack......Padan muka orang dah merajuk."
Tapi yang terkeluar dari mulut Kuzer ternyata bukan frasa tadi,sebaliknya "Oh...kesian nya Lee Kim Mang.Telefon lah die sekarang.Cakap baik baik kata datanglah kat sini sebab rendang ayam banyak lagi.Rendang daging pon ada." Kazer memberi saranan.Walhal dalam hati ternyata Kazer seperti agak cemburu dengan keakraban mereka berdua ni.Masih ingat peristiwa Chong Gye Chon?Kazer masih berbuku pasal peristiwa itu.
Kazer melarikan diri sebentar dari Hasbi.Entah mengapa hatinya rasa tak sedap.Dihayunkan langkah ke perkarangan embassy.Hasbi pula mengekor dari belakang membawa minuman yang Kazer ambil tadi."Kazer tunggu dulu,Ini air kamu"Jerit Hasbi.Tapi Kazer tidak langsung mengendahkan.
Kebetulan sebuah mercedez benz meluru laju masuk dari pintu pagar embassy.Agak laju dan seperti tidak perasan yang Kazer sedang melintas.Terlambat."Pin pin."Hon dari mercedes itu.Tapi ternyata segalanya terlewat.Bunyi brek dan tayar berdesing.
"Bammmmmm"Sesusuk tubuh jatuh tidak jauh dari tempat Mercedes Benz itu berhenti.
Darah keluar dari belakang kepalaKazer.Merah pekat dan banyak sekali..Hasbi mula panik.Diamatinya nafas Kazer.Tiada nafas.Dirabanya bahagian jantung.Tiada denyutan....
"Kazerrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!!"
-Bersambung-
Apakah kesudahannya?Sama sama kita ikuti sambungannya
Sebuah kisah klasik untuk masa depan (siri2) Disclaimer: Cerita ini hanya Fiksyen semata mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang bukan hidup.Sebarang plagiarism terhadap karya adalah subjective pada pengarang dan pengarang boleh membawa isu ini ke mahkamah sekiranya karyanya di plagiarism tanpa notis.
Kazer menderaskan derap langkahnya. Di belakang Hasbi menuruti. Bahu Kazer disentuh dari belakang.
"Kazer,awak marah saya ke?"
Kazer pura pura tidak dengar.Dia sudah lali dengan ucapan itu dari mulut Hasbi.Dia akan melakukan sesuatu yang melukakan dan kemudiannya meminta maaf.
"Ok, cuba awak kasi tahu,awak nak suruh saya buat macam mana?" Hasbi bertanya tenang.
Kazer lemah dengan soalan sebegitu.Dia tidak tahu bagaimana untuk menerangkan apa yang diingininya.Kazer sukar melafazkan apa perubahan yang patut Hasbi lakukan.Bagi Kazer,dia benar benar berharap agar Hasbi memahami dirinya.Itu saja.Tapi perkara itu tidak terucap dari mulut Kazer.
"Takda apa apa la.Jadi jer la diri awak."Akhirnya Kazer melafazkan.
Di luar,daun daun berguguran.Musim luruh telah berlabuh.Membawa luruh hiba hati Kuzer ke perdu terdalam.
*****
Esok adalah hari raya.Masa untuk bersama keluarga.Menganyam ketupat dan menghias rumah.Tapi apalah makna hari raya bagi insan di perantauan seperti Kazer dan kawan kawan nya yang lain.Hari raya atau tidak, sama saja baginya.Keluarga di sisi sememangnya amat dirindui ketika hari hari perayaan sebegini.
"Hasbi,nanti awak beli ayam dengan siapa?" Kazer bertanya pada Hasbi setelah tamat kelas Electronic.
"Hmm rasanya saya pergi seorang saja" Balas Hasbi kemudian.
"Kalau macam tu biarlah saya temankan.Berat nanti ayam tu nanti".Kazer sememangnya ikhlas menolong.Sikap cepat kasihan Kazer sememangnya terserlah.Kazer ada sebabnya sendiri ingin mengikuti Hasbi ke Itaewon membeli ayam.Dia sebenarnya ingin memutihkan kekeruhan yang berlaku antara mereka akibat peristiwa "Chong Gye Cheon" itu hari.
"Eh,takpa lah.Bukan berat pon" Hasbi membalas.
Kazer berkeras untuk ikut.Dia tidak boleh membayangkan Hasbi membawa 10 ekor ayam bersendirian. Kazer tiba tiba terfikir mengapa Hasbi seringkali tidak mahu dirinya ditolong?Adakah kerana ego?Atau tidak mahu terhutang budi. Dalam kamus hidup Kazer,tiada istilah "terhutang budi" dalam kamus persahabatannya.
Terngiang kata kata dari rakannya, Syariza Naniza "The world returns".Bermaksud, jika hari ini kita menolong seseorang,pasti lain hari kita akan mendapat pertolongan dari orang lain.Karma, begitulah konsepnya.Buat baik dibalas baik,Begitulah vice versa.
Tapi, benda ini seperti tidak diladeni dan dipraktikkan oleh Hasbi.Hasbi bertindak seperti seorang yang radikal.Dia pernah menyatakan yang dirinya suka kesakitan. Kazer tidak memahami apakah kesakitan yang dimaksudkan.Adakah bermaksud kejayaan hasil tangan sendiri?Berdikari?Berlawaklah jika Hasbi seorang yang berdikari.Sejak dari Myeong Yang College lagi bergantung pada report kawan kawan lain.Malahan Kazer selalu meminjamkan report nya kepada Hasbi dalam keadaan terdesak.Berdikari kah namanya? Itu tidak mungkin.
Tetapi dari segi lain mungkin Hasbi seorang yang berdikari.Anak sulung katakan.Ego,sifat kepimpinan,kemandirian itu adalah intipati diri nya.
"Bila awak pindah masuk rumah baru?"Kazer bertanya dalam perjalanan balik dari Itaewon.
"Mungkin dalam bulan depan." Balas Hasbi,tersengih sedikit.
"Oh, ye ke?Kalau nak mintak tolong pindah tu ajak lah saya" Kazer mempelawa berbasa basi.Dia tahu Hasbi pasti tidak akan mengajaknya.Dia ada satu sikap typical ini "untuk tidak menyusahkan orang lain".
"Nanti bila saya dah pindah nanti, saya rasa saya tidak akan bersosial lagi" Hasbi menambah.Kazer mengerutkan dahi.
"Apa maksudnya?" Kazer bertanya pantas
"Maksud nya, nanti saya dah tak boleh join lah aktiviti budak budak ni buat.Macam buat karipap ker,atau kumpul ramai ramai ker. Aktiviti bersosial ni dah tak boleh la nak join sangat"
Kazer tidak tahu apakah motif nya Hasbi berkata sedemikian.Dalam hati Kazer terlebih dahulu dia berbicara sendirian "Apa ko fikir ko diva ker?Apa ko fikir ko tu orang penting sangat ker.Ye la....duduk la diam diam dengan bakal housemate ko tu nanti"
Tapi yang keluar dari mulut Kazer adalah "Oh..yelah orang dah berdua nanti.Mesti la nak privacy kan" memang pandai Kazer tidak me'laser' di hadapan.Kazer memang kagum dengan Hasbi.Dia bercakap kadang kadang tanpa berfikir panjang.Tidak salah berkata.Tapi fahamilah keadaan dan hati orang yang sedang bercakap itu.
Kazer sangat tersentuh dengan pernyataan itu. Kazer tidak tahu mengapa.Kazer memang dilahirkan sebagai seorang insan sensitif. Hasbi seperti tidak tahu yang Kazer amat sedih jika Hasbi akan berpindah kelak.Kazer seperti kehilangan setelah Hasbi pindah.Tidak mengapalah.Hasbi tidak perlu tahu ini semua. Tidak perlulah dan tidak penting.Sapalah Kazer kan.
Kazer berlagak biasa.Muka nya bersahaja saja sepanjang mengatur langkah ke rumah.
"Terima kasih Kazer untuk hari ni" kata Hasbi setelah sampai di rumah.
"Oh, no need la..." Kazer masih beriak bersahaja.Mereka berpisah di situ.Perjalanan diteruskan bersendirian sampai ke pintu rumah.
Tiba tiba satu sms sampai di handphone Kazer.
Dibukanya flip display handpone dan.........
-Bersambung-
Apakah kesudahannya? Sama sama kita nantikan ke episod akan datang :)
Satu kisah klasik untuk masa depan Disclaimer: Cerita ini hanya Fiksyen semata mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang bukan hidup.Sebarang plagiarism terhadap karya adalah subjective pada pengarang dan pengarang boleh membawa isu ini ke mahkamah sekiranya karyanya di plagiarism tanpa notis.
Kazer baru sahaja balik dari kelas.Diletak nya beg sekolah di sudut kanan meja studinya.Seperti biasa rutin nya, button komputer pasti ditekannya dahulu.
Hari ini puasa yang ke 25. Tidak lama lagi raya.Penat melanda diri.Sekolah sememangnya memenatkan,tambahan lagi di bulan puasa ini.Kesabaran adalah tugu yang paling penting untuk menjalankan ibadah.
Yahoo messenger ditekan
Oh ada offline message
Katanya "Hai, dah balik ker?"Mesej dari seorang teman nya yang agak mesra dengan panggilan Hasbi.
Kazer menjawab "Dah, baru sekejap.Penat kan.Jap lagi kena masak lagi untuk buka"
Hasbi pula menjawab "Tu la.Kesian kat awak.Btw, tadi tengok blog awak. Wah bile pergi Chong Gye Chon?"
Kazer dengan pantas menjawab "Hari Sabtu lepas dengan Fazril.Ramai tau orang.Kitorang gi dari Myeong Dong.Rupenyer tak jauh jer dari Kosney."
Hasbi "Owh yer ker? Pergi pukul berapa tu ek?"
Kazer mengingatkan semula pukul berapa dia pergi Chong Gye Chon minggu lepas "Ada la dalam pukul 4 gitu.Dah dekat waktu buka gak"
Hasbi pula berbicara " Oh, kenapa saye tak nampak Kazer yer, padahal masa tu saya ader juga di situ"
Kazer seperti terkejut " Oh yer ker? Awak pergi dengan sapa? Pergi sorang jer ker?" Kazer beria ia benar ingin tahu dengan sapa Hasbi pergi ke Chong Gye Cheon
Hasbi dengan lambat lambat menjawab "Saya pergi dengan Lee Kim Mang"
Kazer seperti sudah tahu jawapan itu.Hatinya tiba tiba dilanda api marak.Bukan kerana cemburu.Tapi kerana mengenangkan janji janji manis Hasbi untuk keluar bersama dengannya ke Chong Gye Cheon. Kazer amat berharap dia dapat ke sana dengan Hasbi, seperti yang dijanjikannya.Tapi ternyata Hasbi tidak menunaikan janjinya.
Kazer amat terasa kecil hati.Hatinya meruntun sedih.Dia benar benar kesal betul dengan Hasbi.Dia bukan marah sebab peristiwa Chong Gye Cheon itu secara total, tetapi dia kesal akan memikirkan komitmen Hasbi dalam persahabatan. Baginya, Hasbi tidak menghargainya sebagai seorang sahabat. Hasbi hanya berkawan dengannya ketika di kelas, ketika berbincang mengenai pelajaran.Tetapi tidak di luar, tidak ketika di rumah. Dia tidak merasakan erti manis dan persahabatan itu ketika berkawan dengan Hasbi.
Kazer memutarkan lagu "Biarlah Rahsia" di windows media player. Hatinya yang panas terasa sejuk apabila mendengar lagu sentimental dendangan penyanyi terkemuka tanah air itu.
Keesokan harinya ketika di sekolah Kazer agak terlewat, panggilan telefon dari Hasbi satu pun tidak dijawabnya..Angin dan amarah nya pada Hasbi masih tidak luntur.
Dari kejauhan Kazer nampak Hasbi meletakkan motor Aprillia nya di tempat parking tidak jauh dari Bangunan Humanities.
Kazer memantaskan langkah.Tidak mahu bersaing dengan Hasbi.
"Kazer..tunggu dulu"
Suara itu umpama ledakan lahar berapi bagi Kazer
Kazer tidak memandang ke belakang.
"Kazer!!!"
Suara itu cukup membingitkan telinganya..Kaki dilajukan lagi...sehinggalah...
Best gillosssss Best gillos ari ni...Ader orang tu bermurah ati belanja Red Mango...Credit to Syz...So ape bile diva diva berkumpul seperti aku,Syz,Jt and Apid...Semestinya lah kami berbincang mengenai keadilan...voleh taks?kekekeke......Weit Diva semua...nanti kite gi makan Baskin pulak ker...tak ker kat Crispy donut myeong dong...nak tak nak tak.....Aku gi ari tu tapi orang punyer la ramai.....Hangins aku....Yang penting kesian kat Diva sorang tu yang berlagak gilos tak nak gi.....dok la sensorang kat asrama...sejurus tahu makan ice cream di waktu summer boleh pulak nangis..merasalah...keke
*****
Giller best lab class aku..terasa famous lak aku ari ni kat lab. Aku berborak bahasa Korea dengan semua avang avang di situ...Diorang lantas memuji Korean ku yang fasih..Terasa kembang semangkuk pulaks....yang kelakar tu aku macam tersentap ader sorang abang ni...Gile badan die cam besar..kalau lanyak sure patah riuk orang yang dilanyak.....
Die panggil "Khairul come here" lantas menunjukkan isyarat datang...
Aku cam tersentap....takut pon ader....Then die ajak berbual..Tanye aku wat ape masa Hari kanak kanak lepas....Lantas dengan yakin sambil tangan aku letak ke belakang dan berdiri senget senget aku report ape yang aku buat...Gi Pusan...gi Hi seoul gi tengok MI3.....dan segalanyer la..
Dan aku tanye die buat ape "Abang just relax relax kat rumah jer" haha......bapak bosan dok umah beb...Hatiku cam berkata kata sendirian..Tapi sebab takut kena penangan aku hanya tersenyum mungil...keke tak laratss....
Tapi nasib baik la dimple di muka dan sebutan 's' nyer yang pelat menyelamatkan dirinya dari nampak garang.....Cute jugak la..Tapi katanya tengah mencari GF lagi...haha...carik la yer....
Abang tu suke tau borak2 ngan aku...Tapi aku tak tahu nama die ape....Aku ni sekarang ader masalah Alzhemeir...susah nak ingat nama.....Lain la kalau nama die mirip nama omputih ker atau nama orang msia ker...
Chincha aku happy hari nih..Tak tahu napa...just happy.......
Happy sebab....ader la....malu aa nak cite....kekekekke....ok la aku cite..eee malu la....nanti la kalau ader mood aku cite...manfus la aku kena penampar suke sangat cite tak abis...merasalah.....
Hi Seoul festival... Hari ni( Ahad ) aku gi Hi Seoul Festival...haha..baru balik dari Pusan tup tup menyetan kat Hi Seoul Festival laks....Kawan Korea aku ajak coz die jadi volunteer...Aku pon tengok la sekejap parade parade nyer.Menarik jugak....
Kawan Korea aku..lelaki tapi jelita......die pakai ape eks?
Then we all gi Myeong Dong nengok MI3....nape ek..aku rase MI2 lagi best....aku pon tak tahu nape..Tapi bagi sape yang nengok tu aku syorkan nengok kat movie..sound effect pon best...Next movie in list is Da Vinci Code...Ader sesapa nak join?
Hi seoul....hi la jugakssss.
Then kol 7 malam ader konsert....memula orchestra jer...pastu ader la artiste seperti Maya and SJ Wannabe yang menyanyikan lagu 'Saldaga' lagu favorite aku..Tak rase ker vokal diorang macam Bak Hyo Shin?Kawan Korea aku pon cakap gitu....
Then the highlight is bunga api....Chincha cantik....rugi la sape yang tak tengok...happy sunggu ai malam nih....
Sempena hari kanak kanak yang bermula hari Jumaat lepas...aku telah membawa diri ini ke Pusan. Wah....Pusan yang aku pergi 4 tahun yang lepas masih sama...Tidak banyak berubah...
Yea....aku pergi ngan KTX....Laju seih...terasa laju...approximately 295.6777777777km/hour.Perjalanan yang sepatutnyer 6 jam dengan train biasa dapat dipercepatkan dalam masa 2 jam setengah....wahh terasa best pulaks naik benda yang laju laju nih....tapi nape aku tak rase laju pon dari dalam...
Panjang tak ketapi die..Kami di gerabak 12...
Dalam KTX...tengok lambang la bebs...
Sampai Pusan jalan sekejap kat Nampo Dong...terasa tak best sebab agak kurang happening berbanding ngan masa aku gi during winter tahun 2002. So sempat la amik gambar sekejap kat Pusan tower...cantik u....ai guna tripod...
Busan Tower..tu tengok ape tu bebs?
Then dari situ 'kami'..wah sape kami tu....ader la sorang diva ni ikut sekali.Teringin sangat nak tengok laut katanya....ok sambung cite...Dari Nampo Dong we headed towards Haeundae beach...Waa aku pikirkan kami kami ni jer...Orang Korea pon ramai merelax relax tepi pantai...So sempat la mendergar bayu ombak sambil di sekeliling ramai Korean yang tengah makan makan,bermain main,bakar mercun dan tak ketinggalan yang buat wayang tepi laut.Anak anak kecik pon ader....Aku pon tergezut padahal jam menunjukkan kol 12 malam..tak ngantuk ker?
Umat manusia kat Haeudae tika malam...
Then bermalam di Haeundae dengan aman dan tenteram sekali di sebuah motel x. Pastu the next day...Hujan lebat....Chincha lebat....Lencun abis ai punyer jeans...Tapi journey mesti dipenuhkan....we headed towards Keum Gang Kong Won...ingin menaiki cable car di situ...Dalam keadaan hujan yang lebat, Hati digagahi panjat bukit..Tapi....agak hampa sebab cable car ditergendalakan sebentar due to bad weather. Pasrah abis...Aku pernah naik cable car kat Genting and kat Namsan tower itu..Cume kesiankan diva seorang itu yang teringin benar nak naik katanya...Takpe yer..nanti kite naik kat Namsan tower...Tapi Namsan punyer agak pendek..yang kat Pusan tu macam lagi jauh distance nyer.....
Then, sebab agak terkedu sekejap..kitorang jalan jalan sekitar kawasan tu and jumpe Marin Museum...Layan ajer tengok benda benda dalam muzium...Ader mini zoo..so sempat la amik gambar ngan boya darat...haha....and ular juga...Agak geli sedikit..tapi alang alang dah ader depan mata....tengok ajer la kan....
Take my kiss seal.....
Pastu pergi balik Pusan station...ubah waktu naik train.Pada permulaannya nak balik kol 11 malam ari sabtu,tapi sebab cuaca tak mengizinkan,we all tukar balik kol 7.30 malam....Masa kat Pusan station sempat tukar baju coz lenjun abis....kalau aku perah seluar aku boleh isi cawan kosong 250 ml...
Nyah ko buaya darat.....huh
Balik naik mugunghwa....sempat bawak bekalan memacam dalam train...takut lapar....ader Lotteria burger,ader air mangga,ader air putih,keropok,Ddok,biskut basket,dan pelbagai makanan lagi....ahaks.....Pendek kata cuti aku memang tak lapar....asyik makan jer...
Insiden yang paling diingati: Kami dikatakan 'cantik' or 'yipo' dalam korean oleh tuan punyer motel...we all have a good laugh on this...adakah makcik itu cuba berkata manis sebab suke orang datang motel die?Atau adakah itu realiti...gelak geguling sekejap
Tips untuk travel 1: Pilihlah baju gelap untuk travel...bagi sesiapa yang nak backpack tu,tak yah la ayu ayu nak pakai baju putih or terang...pengalaman aku yang agak messy ni,aku takut nanti makanan akan jatuh kat baju...ader cap merah la...hitam la....so tak best..lagipon baju gelap seperti hitam sesuai untuk aktiviti lasak....Jadi...kesimpulannya pakailah baju itam
Tips untuk travel 2: Study pasal weather dulu...rase rase kalau hujan tu bawaklah kasut spare or selipar and seluar spare...kalau tidak,pasti berlencun...
Tips untuk travel3: Bawak lah duit bebanyak...Travel dalam keadaan budget tak best.....Nak makan ape makan..nak telan ape telan..sebab masa vacation ni kite perlu untuk cube benda bende baru dan jangan terlalu tight dalam budget...nanti tak best..anggap bende tu sekali sekala berlaku dan kite tak akan datang lagi kat tempat tu.....
Kesimpulan: Escapade kali ni best dengan tema "Lencun seperti Wet World"...Voleh taks?
Meeting la sangat.... Aku baru abis experiment lab.Heat transfer...Lawaks seih...Experiment ari nih wat pasal sukat suhu badan...biasanya suhu badan 37 degrees celcius kan.But aku sukat tadi ader la dalam 32....Ape kesimpulannya? Adakah Kuzer berdarah sejuk...Wallahualam...Letak kat leher pon 32 u...
********
Aku ni sebenarnye sekarang kat computer lab.Sementara nak menunggu pukul 4.Ada perjumpaan dengan orang tertinggi Hanyang katanya.Nak berbincang pasal hal hal berbangkit katanya...So aku dah sediakan dialog air mata...Biar lah sebak sebak sikit....harap ader tindakan sikit untuk melancarkan pembelajaran student2 Malaysia kat sini.
Sapa kata kami tak survive? Kalau tak survive takkanlah boleh bertahan sampai ke tahun akhir...Aku ader la dengar dengar cerita...Katanya student Malaysia yang recently belajar kat Seoul ni tak survive macam senior dulu dulu...senior dulu dulu katanya lagi survive dan manage membuat semua homework yang diberi oleh professor.
Wah amat menusuk kalbu sekali statement itu...In a way..apa yang kami perlukan adalah sokongan dan moral support...bukan cacian, bukan tuduhan....Hentikan kutukan...berikanlah tips..berikanlah jalan macam mana nak berjaya...berikanlah idea...berikanlah method yang bernas untuk survive di sini.........
We have kick our ass like crazy...and we need somebody to support not blame..please please.....understand ok?
Amat emotional entry entry aku lately nih......nasib la...sape larat baca tu baca la...sape tak larat baca tu tekat alt+F4
********
Ye ye..esok hari kanak kanak Se Korea...tak sabar rasenyer nak relax....sambil mengenyit mata....dan memberikan senyuman penuh ikhlas dan mesra pada semua....dan sambil mengenyit nakal lagi dan lagi......vavaiiiiiiiii
Caller : Because I am out...I am not doing with them.
Me : Really? I am so sorry to hear that
Caller : Yes...to make things easier...I just go out and not joining them.
Me : I see..so what is your plan tonight?
Caller : I am now heading to home.My mom just call and she asked me to take dinner with her.
Me : Wow..that's great...I know u are the only son.That really makes u a mama boy...
Caller : haha...Don't call me Mama boy....I am not mama boy...
Me : Then can I call you baby?Baby baby...haha
Caller : haha....
Me : Then tonight you are going to do the homework.
Caller : Yes..School is always full of homework,assignment...all that disturbance.You know those things right?
Me : Yeah that's cool...
Caller : What do u mean by cool? Homework is not cool...
Me : Haha..maybe I am misusing of the word cool...Homework does not really cool actually.
Caller : Yes..
Me : So you are going to take your dinner...Do you know what your mother cook for you tonight?
Caller : I dont have idea...I just say..Mummy mummy I want to eat,Mummy mummy what you have for dinner (This is damn cute)
Me : haha...that makes you really mama boy...
Caller : Again? haha
Me : I've cooked for myself just now...
Caller : That's cool...cooking for yourself is cool...But doing the homework is not cool..
Me : haha..
Caller : bla bla bla....bla bla soccer?( I can't really hear this)
Me : Ha? What is it? You said you want to play soccer this night?
Caller : No...I wont
Me : I dont really know how to play soccer...It is not my favorite sport.Btw do u have any favorite team?Arsenal or MU or Madrid or sort like that?
Caller : No...I dont have any favorite team..but I like Hanyang football team (S*ck it..haha...)...I can teach you soccer.In fact David Beckham learn his soccer lesson from me...
Me : Wow....it is really really wow...
Caller : Yes...You should know it..
Me : So so...what time will you finish class tomorrow?
Caller : Hmm about 5 p.m.
Me : Me too..then what will u do? Drink again?
Caller : Yes...maybe..haha..
Me : I think you should drink less.U are not strong enough for soju and beer...
Caller : Let us drink together...what do you want...Whiski?Soju?Beer?
Me : No...I can't drink...U know why right?
Caller : Yes..sorry I forgot...So what will u drink?
Me : A grape juice will do...
Caller : Ok
Me : Hmm..hmmm..so...so....
Caller : So Kuzer ( ok call me Kuzer ok..) let us keep in touch..You can call me when u need help...
Me : Ok...and same to u too..If u need help just call me...(Wow...where did I get this strength).So have a nice day.
Caller : Have a nice day too...
Me : Bye
Caller : Bye bye..
Entahlah...sometimes aku tak rase real berkawan ngan kawan kawan Korea ni...Aku selalu merasakan,diorang berkawan hanya untukkeperluan diorang jer...Aku ni kalau aku terasa macam orang menggunakan aku,Aku akan stop berkawan immediately.Sebab aku tak suke digunakan...
Aku takut untuk dipergunakan....Sejak dari Dong Yang College lagi aku rasa, susah untuk make a continuous friend relationship with Korean..Aku tak tahu kenapa..Maybe aku yang tak pandai bergaul kots...Entah lah..Aku tak tahu napa...
Hati aku macam tertutup untuk berkawan betul betul rapat dengan Korean...Just kawan atas dasar politic...Kawan sebab sekelas...bukan sebab kita perlukan kawan...
Teringin gak nak berkawan betul betul...Contohnyer shopping sekali,nengok wayang sekali,nengok theater sekali,makan sekali,mandi sekali,haha...macam macam nak sekali yer..but...tak boleh sangat....even teringin gaks kan..agaknyer cultural cross purpose kot..entah lah..
Aku ni kalau dah kawan tu...aku care tau...haha..ceh ceh...konons la tu...but seriuos I am Sometimes bile dah care,then pastu orang tu tak hargai, kite rase frustrated.So untuk tidak frustrated...just dont give too much cares.Nanti sendiri yang sedih...Ni pengalaman aku la kans....pengalaman orang lain tak tahu la...
It hurt to neglect the person we have cared so much before...try me..trust me.......
Tu jer la....mood ai lately ni tak baik..pms kots....haha..voleh?