background-color: #000000; text-transform: capitalize; } -->




Mungkin Nanti

Saatnya ku berkata
mungkin yang terakhir kalinya
Sudahlah lepaskan semua
kuyakin inilah waktunya
Mungkin saja
kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja
rasa itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti
kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba
tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin
saat semua disini

Dan bila hatimu termenung
bangun dari mimpi2mu
Membuka hatimu yang dulu
cerita saat bersamaku
Mungkin saja
kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja
rasa itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti
kita kan bertemu lagi
Satu pintaku
jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin
saat semua disini

Tak usah kau tanyakan lagi
simpan untukmu sendiri
Semua sesal yang kau cari
semua rasa yang kau beri

-Peter Pan-















Photobucket - Video and Image Hosting





Tuesday, June 29, 2004

What happen to this blog

Aku rase dah tengin mengin peringkat dewa dewi dah ni.U know what.Kat Korea ni tak leh nak bukak blogspot tau.Bukan sehari dua.Masuk ni hari kelima kalau tak silap aku.Apesal entah tak leh bukak.

Yang pelik nyer blogger untuk sign in ni boleh jer bukak.Tapi tak leh view page untuk blogspot tu sendiri.Aku nekad jer buat post ni even aku sendiri tak nampak di main utama.

Yang kureng nyer tu Negara lain boleh tengok.Di Jepun cik Tuty kate leh bukak.Same with Middle East.Ader orang tu leh bukak jer.Cam mana ni.

Sedih tul.Nak tengok doodle board aku pon kena sign in kat doodle board.com...waaa...Tolonglah kembalikan page ku semula.Sedih tol bile tak leh bukak.

Banyak nyer nak cite actually.Tu la mase aku nak cite ni banyak jer dugaan.Blogspot tak leh bukak lah ape lah semua....tension tol hamba.

Ni tengah summer break.Aku dah lali dengan ketenginan nyer.Besa la kan.Boring.Mase ni baru terasa nak gi sekolah balik.kui kui kui.....

So ok lah.Buhbyeeee


Husband to somebody quoted pictursque at 1:15 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Thursday, June 17, 2004

Gala with traditional games and night with dinner in DYTC

Tak ingat tajuk aku tu...panjang la plak kan.Ni tadi student UM tu dah berjaya la wat sukan rakyat kat sini.Waaa aku pon terkesima sat tengok sambutan dari student Korea.Bagus betul diorang.Ramai ek datang.Aku mule pikir takde pon dak Korea yang nak datang.Rupe rupenyer ramai.Cayallllah....

Hmm malam ni tadi ader dinner.Waaa first time when the stage is mine...Memula macam kontrol kontrollll gitu.Tapi lelama tu aku wat besa jer...kekekke....

Hmm thankss semua yang tolong tadi.Terutamanyer pada AJK...Dex yang memasak.Abang T pon ader tadi,Fet,Cik Lebah yang berhempas pulas masak sup.Sedap tau sup nyer.To girls...Aie-Teddy,Syarza jugak,Aina...and tak lupe jugak kawan aku yang sama sama naik turun hak seng kwa..Todak..Good job.

Hmm tak lupe juge aku terharu coursemate aku semua datang...Jd,Helmi,Juned,Jazz,korang memang sporting.....

Hmm cume sorry dari pihak kami sebab makanan tak cukup...lari budget...But kita dah terhibur jugak tadi kan.

Hmm tak lupe juga kepada Junior ku yang menyanyi tadi.Belum dengar artis sebenar nyanyi dah sedap giller diorang bawak.Pas ni nak download la lagu Angel...

So enjoy dah abis.So jom study

*****

Tag board aku ni dah sampai error tak leh baca.Panas na ker.kekeke....Ape ek korang tulis....Nanti aku wat kesimpulan nyer lepas exaM


Husband to somebody quoted pictursque at 10:35 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Tuesday, June 15, 2004

Nak jawab sikit.

Agak panas tagboard aku...

So aku nak jawab sikit lah dari pihak aku.Kang kalau aku diam kan, ader yang salah paham lagi.

Seperti ape yang dicakap oleh Mosfet,kita kenalah bijak mengaturkan mana lebih penting.Susun sesuatu mengikut prioriti.Mungkin korang nampak prioriti tu pada jamuan breakfast tu.Tapi bagi aku prioriti tetap pada tugas pengangkutan aku jugak.Sebab apa,sebab
1)Di atas nasihat sensongnim hak seng kwa,yang meminta aku datang jugak sebab aku dah tahu selok belok macam mana nak contact bus,macam mana dengan bayaran mengikut destinasi.Macam mana nak contact bus tersebut sedangkan hari tu adalah hari Ahad.Mencabar kan.And mase nak mengajar pada AJK lain pasal bende ni agak kurang and suntuk.Sebab tempahan dibuat pada hari jumaat.
2)Oleh sebab benda ni kena deal dengan Korean, khusus sekali ngan Hak seng kwa, aku tak nak buat benda ni sambil lewa.Nanti melupuhkan kepercayaan diorang pada student Malaysia.
Kan nanti ramai lagi generasi bawahan kita yang akan belajar di Dong Yang.

And aku nak nyatakan sedikit pendapat aku.Kalau lah nak jumpe menteri sebab nak naikkan elaun (secara peribadi memang elaun kat sini perlu dinaikkan),jangan lah korang memberi harapan tertinggi.Don't get wrong with me.Aku ader alasan,

1)Berapa ramai dah Menteri yang datang kat sini, bukan setakat menteri, Perdana menteri pon dah sampai.So sekarang elaun cam mana? Berbincang dengan KSN hari tu pun, ader jer kesulitan kan.Bukan senang nak naikkan elaun ni.Secara peribadi pon aku nak sangat elaun ni naik.Tapi kita kena la buat secara bersistematik.Kena ader proof.Ader statement pasal perbelanjaan.Question? Sape nak wat bende ni? Once sekali lagi tunding jari kat PPMK.OK fine we all akan try.Rangka pasal bende ni pon dah ader.Ambil contoh dari student yang lepas buat.So secara kesimpulannyer, Kita kenalah berusaha and dalam masa yang sama kena jugak sekali sekala berhubung ngan orang atasan,tak leh dinafikan juga,perlunya sokongan dari pemimpin pemimpin kita.

2)Kenyataan di atas tak bermakna aku tidak hormat pemimpin negara yer.Kalau lah hari tu aku takde kerja, takdelah aku nak tolak rezeki.Tak yah sesusah bangun pagi pagi buta tu(tapi mentari dah tak buta,terang...)Buang 6500 won..Banyak tu...Dalam proses nak beli komputer ni.Tapi personal excuse tolak tepi.So... that's why I told u.I know my priority.Bukan korang yang nak tentukan ok.U can say anything u wanna say.But for sure I give my answer back.

To abc:
Hmm actually I don't know u, but thanks for the oppinion.Memang nak jumpe menteri ni susah.But nak jumpe student dari Universiti Malaysia kat sini pon susah.Meminjam kata pegawai Hal Ehwal Pelajar...Persatuan di sini perlu banyak link dengan persatuan pelajar di Malaysia sendiri atau di negara lain.Supaya persatuan pelajar di sini lebih matang.Memang betul ya quotation ini.Dari pemerhatian aku,persatuan pelajar kat Malaysia memang mantap.Kalau buat event tu, memang membabitkan komersial,and big sponsored.Sebagai contoh persatuan taekwondo UM ni sendiri.Tidakkah sesuatu yang membanggakan dapat sponsor untuk lawatan ke luar negara.Satu perkara yang hebat juga bukan.Kita perlu belajar bagaimana mereka berjaya mendapatkan sumbangan besar ini.
Memang lah dari satu sudut, kalau budget persatuan kat sini besar, macam macam boleh buat.Tol tak.Soal nyer fulus kalau ader,Everest leh ditawan 8,9 kali---macam student UiTM tu buat.Isn't is a respectful thing?

Hmm tu jer la aku nak wat sessi kimpal balik.U are free to say in my tagboard..And I will response u back.Ala ala forum gitu.Just percambahan idea.I learn from u and u learn to hear other people's oppinion.


Husband to somebody quoted pictursque at 10:02 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Sunday, June 13, 2004

Happy to turn to be sad in the end.

Ekceli petang tadi aku rase sangat happy.Lapang jer dada.Sebab report dah siap.And then Neyon tinggal beberapa soalan jer yang belum habis dijawab.Nanti tanyer classmate aku la.Tanye kat En jun.Sure settle punyer.

Hmm tetiba nak tanyer pasal jam 'guess' kesayangan aku kat 'orang' tu.Tanyer kat die sehat ker jam tu.Sayang woo jam tu.Dari form 2 aku pakai.Lawa tau.Macam kanta.Die kate jam tu sihat walafiat jer.Nasib baik die tak buang.Sebab 'slight slump' yang dulu.Kalau tidak gigit jari jer tengok jam aku kena buang.Nasib baik die buang gambar jer.Waduh...terhinanyer rase bile gambar ini dibuang.....waduh....

Hmm and then tugas aku uruskan bas settle.Student UM pon dah selamat sampai kat sini.So settle dah keroja aku.So guys enjoy ur stay in Korea.

Pagi tadi ekceli ader breakfast dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.Aku tak dapat nak gi(baca aku kena gi airport amik budak UM).So banyak jer la suara suara belakang yang cakap nape aku tak datang.(baca: aku ngan Mister president gi airport amik budak UM).
Aku dah macam panas panas jer tadi bile ader sorang tu cuba berpolemik.Aku rase Tuan presiden lagi makan dalam.

Yer la,diorang tak paham condition sebenar.Kitorang dah rancang bende ni dulu.Kirenyer dah dibagi tugas.Like me aku uruskan pasal pengangkutan.And then tetiba ader majlis sarapan pagi tu.Macam mana nak gi.Kang kesian la pulak sape nak uruskan pasal pengangkutan tu.And Mr. president also has something in common with me.Die banyak nak kena settlekan dari pasal motel,budget dari TDC yang harus disampaikan pada wakil student UM and also semua perancangan student UM tu banyak di'deal'kan terus ngan President.So nak tak nak kali ni die terpaksa sacrifice tak gi makan ngan Tan Sri.Ni bukan nak back up sesape ek.But aku nak terangkan bende sebenar.Sebab delegasi UM ni memang dah berhubung terus ngan kitorang beberapa bulan yang lepas.So what is their interpretation kalau tengok kitorang lepas tangan?Sape nak jawab.

This is just to recorrect the rumours and some 'small voice' behind us.Aku tak akan skip sesuatu jika takde sebab yang munasabah.Sepanjang aku kat Korea ni,aku berani kate aku commit ngan PPMK.Baru kali ni jer tak gi sarapan, dah kena memacam....Well, to tell u the truth... aku ni sensitif.Ni berbuku lagi aku rase.Tak habis lagi mendidih aku ni.Tambah ngan summer ni,panas bahang lagi la membuatkan emosi aku terjejas.

So aku nak kasi nasihat kat korang.Pastikan korang tahu sebab sebenar sebelum korang tahu sesuatu perkara.Jangan terus blame jer.Barulah aku tahu perasaan sebenar macam mana kena blame.Ni baru sikit.Takpe kali ni aku biarkan.Aku susah nak bermusuh ngan orang.Tapi once aku dah berbulu ngan orang.Memang pedih aaa........

That's all....




Husband to somebody quoted pictursque at 11:14 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Sunday, June 06, 2004

Off birthday Agung and bbq in my villa

Semalam hari keputeraan Agung.Once aku terfikir.Hari keputeraan Agung sure amik hari Sabtu.Awat ek.Kasi la hari weekdays.So boleh la berlibur.Even aku kat sini memanglah sure tak cuti tapi yang kat tanahair tu kasi la rest sikit kan.Tak gitu.

So semalam kitorang punyer His Excellency The Ambassador buat open house.Ramai yang datang.Embassy staff ader,Korean worker ader,and student pon ader.(Aku lah tu).Makan sate lagi.But still tak leh challenge sate tempat tumpah darah aku.Alamak,,,aku lahir kat KL.Tapi 7 keturunan aku dari Kajang.Mama and ayah orang Kajang.So,aku kampungless...

Tu yang ingat nak carik orang jauh jauh sikit.Tapi kalau kat pantai Timur pikir 2,3 kali gaks.....Kang kalau nak balik kampung drive malam malam........jeng jeng jeng....Highway kat situ bukan orang kate 'misteri' ker...ouchhhh dah naik bulu roma dah...stop....

Hmmm pastu kan mase kat kediaman rasmi duta,jumpe 3 orang Exchange Student UKM.Tak sangka pulak student UKM ader wat exchange student kat sini.Tapi Universiti diorang out of Seoul.Tu lah agaknyer sebelum ni tak pernah jumpe ek...Hmm so friends enjoy ur stay here.Katenyer dah nak balik bulan ni.Sob sob...sayonara...

And then habis event kat Embassy,balik rumah.Sampai jer tengok geng geng aku dah siap panggang manok (ayam).Cayalah,,,,Kita panggang ayam untuk hari gawai kali ni.Meriah memang meriah suasana.Ceria and full of laughter.Memacam topik dibincangkan.Dari sessi kahwin(topic favourite),cerita semasa sampai la cite hantu....(Satu dah tido.....)..ahaks...

So di kesempatan ni nak ucap Selamat Gawai pada housemate ku...Nice job semalam.And tak lupe pada iron Chef....sapa lagi brother Yad...Aku cube mengkomersialkan nama kawan kawan ku di blog ini.Manok panggang sedap hingga menjilat jari...kalah uncle Solocumm's original recipe....

Hmm tu jer la nak cite.Lately bz ngan periksa...nak wat report itu ini....But my best friend keep saying.."Report gives u mark..so what is the sigh?".Ok buddy...Ill make it without sighing...kay....bye bye


Husband to somebody quoted pictursque at 6:04 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Thursday, June 03, 2004

Terjaga ku dari Tidur Yang Lena

Hmm dah tak lama nak exam ni.Report berlambak lambak.Baru abis wat CAD.Nak study Japanese, Rase cam dah tak leh masuk.Nak wat repot Neyon,waa banyak na.Berpinar kepala otak aku.Ok settle satu satu ek..Hmm last last aku sangkut kat blog ni.Mengupdate.Dah lama tak update.Anyone miss me.Sure ler takde kan.kwang kwang kwang.

*****

Ramai yang bagi respons pasal susah senang ker study kat oversea ni.Hmm ader susah ader senang.Itu semuanyer sama kan.Ader pro ader kontra.Common sense la kan.Yang penting let us proove we can.Sure we can.

*****

Hmm tadi abis kelas aku gi singgah Ediya Espresso.Encik Y beriya nak belanja aku Blended Coffee.Aku bukan peminat coffee yer.Sebab tu la aku jarang gi Starbucks.Eleh,sebenarnye takde duit,kalau ader bukan setakat starbuck,dah lama gi pizza,makan spaghetti,Italian food,Pasta pasta,spaghetti bolognese,kentang lenyek.kaka.

Hmm pastu tengah sesembang datang pulak Encik F.Pastu Encik Y kasi satu soalan...Aku nak test korang.Dapat tak jawab?

Apakah persamaan Coffe dengan cinta?

Hmm aku agak blur bile dikasi soalan ni.Entah ler.Tak tahu nak relate dari segi ape.Rupe, saiz, bau?.Ape ek..

Tapi jawapannya agak logical.The answer is addiction.

Let us think.Coffee ader sikit Coffein.Coffein can make people addict kan.Same goes to love.We addicted to keep in touch with our boyfriend or girlfriend.

Hmm baru aku tahu.Malas la aku nak jadi pencinta coffee.Banyak caffein u.I tak biase makan caffein ni.Nanti disengat cintan cintun..auwwww.Tak rela....

Hmm itula serba sedikit.Aku selalu minum coffee 100 won jer.Tak rase ape ape pon..kakak..Kalau boleh nak addict kat Juice Orange or tembikai,tak pon carrot.Baru la amalan hidup sihat.....kwang kwang kwang.....




Husband to somebody quoted pictursque at 11:58 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Tuesday, June 01, 2004

Senang ker nak belajar kat oversea.

Aku teruja bile dengar 'orang' kate belajar kat oversea ni lebih senang dari belajar kat Malaysia.Adakah benar perkara ni?Dari aspek ape yang dikatakan belajar kat oversea ni lagi senang dari belajar kat Malaysia?

And untuk dispesifikkan lagi,adakah menghantar pelajar di Asia Timur seperti Korea ni sesuatu pembaziran?-Ini menurut kata kata 'orang' itu.

Mungkin pengalaman aku tak sama dengan pengalaman 'orang' itu.Tapi dari apa yang aku fikirkan, Belajar di luar negara ni ada yang susah and ade yang senang nya.Atau yang lebih tepat nya susah dan senang itu memang lumrah kehidupan pelajar di mana-mana.Di Malaysia juga, pembelajaran tak juga senang sentiasa dan tak juga susah sentiasa.

Let us think...Kalau lah pembelajaran di Korea ni senang,tak perlulah kite belajar bahasa selama setahun lebih.Terbukti bahasa sendiri merupakan satu aspek cabaran yang besar untuk belajar di sini.Logik tak?

Kalau dalam konteks kat sini, mungkin pihak tertentu merasakan kat sini senang nak score, sebab ramai antara student yang sedang belajar di college dapat anugerah biasiswa sebab keputusan exam yang cemerlang.Let us think back.Bukankah kejayaan ini sebenarnya menunjukkan kesungguhan pelajar bersaing dengan native speaker.Dan secara logik,kalau nak bersaing dengan native speaker ni,usaha kite mesti di 'double' kan dari native speaker tu sendiri.

Memanglah hint hint dari Pensyarah tu ade,tapi kalau tak usaha macam mana?Sudah la kena jawab dalam Korea.Kalau tak study, and kalau tak 'double'ised kan effort sure result tak baik.Usaha dan kesungguhan itu sebenarnya yang menjadi topik sebenar yang ingin dibincangkan.

Memandangkan Korea ini juga adalah negara Asia, So sessi pembelajarannya juga adalah banyak mengikut pensyarah.Spoon feeding learning.Kalau nak result yang baik,dengarlah,ikutlah kata pensyarah,hafallah ape yang pensyarah kasi,buatlah homework yang pensyarah kasi,berbaiklah dengan pensyarah,jangan datang lewat dalam kelas...nescaya keputusan anda baik.InsyaAllah...anda berjaya.Tapi point ni bukanlah point yang mengatakan study di Korea ni senang.Seperti yang aku katakan tadi,ia mungkin senang,tapi USAHA dan KESUNGGUHAN itu haruslah terkehadapan.

Pengalaman aku ni adalah pengalaman di College sahaja.Kalau di Universiti barulah terasa cabaran yang lebih getir dan lebih tough.Barulah mase tu kena struggle giller giller.And kat University pon dah takde spoon feeding.10 percent dari pensyarah and 90 percent is ur effort.So, point ni juga menunjukkan belajar di sini tak mudah sebenarnye.

Mungkin dari satu sudut,kat sini Ko-kurikulum tak banyak.Sebagai contoh kat Universiti Malaysia ader banyak aktiviti yang dianjurkan oleh College, and student kena participate aktiviti2 tersebut.Kalau tak participate,no credits,and mungkin dibuang Kolej.Sebab tak active.

Kat Korea ni sistem credit dari Co-curricullum tu takder.Hari tu kat sekolah aku ader festival...Tak semua participate,becoz no credits for that...right?

So itulah yang ingin aku katakan,dari pengalaman setakat ni.Baru pelajar tahun 2 di College Teknikal Class of Mechanical...Any comments my fellow friends?


Husband to somebody quoted pictursque at 10:39 am

|

Image hosted by Photobucket.com

~ Schoolmates ~

Fidden
Huda Soid
Honey Chunli
Alang Tengah
Ghafirah Idris
Mueez
Adli


~ Colleagues ~

Jt
Cik Bawang
Bashira
Wear
Blue
Alan
Aie


~ International Friend ~

Faiz
Toriq
Wenkt
Tuty


~ Geju ~

Bahtiar
Tatasumitra
Hanya Sayang
Auntie Sya
Mak Andeh
Tipah

~ Check also my fotopages ~

Kuzer's fotopages




Past Time Story

February 2004
March 2004
April 2004
May 2004
June 2004
July 2004
August 2004
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
March 2009
August 2009