background-color: #000000; text-transform: capitalize; } -->




Mungkin Nanti

Saatnya ku berkata
mungkin yang terakhir kalinya
Sudahlah lepaskan semua
kuyakin inilah waktunya
Mungkin saja
kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja
rasa itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti
kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba
tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin
saat semua disini

Dan bila hatimu termenung
bangun dari mimpi2mu
Membuka hatimu yang dulu
cerita saat bersamaku
Mungkin saja
kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja
rasa itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti
kita kan bertemu lagi
Satu pintaku
jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin
saat semua disini

Tak usah kau tanyakan lagi
simpan untukmu sendiri
Semua sesal yang kau cari
semua rasa yang kau beri

-Peter Pan-















Photobucket - Video and Image Hosting





Friday, April 30, 2004

Udah udah ler tu

So mood aku dah ok.Hehe...kalau takde mood buat sajak jer kerjanya...(sukati aku jer nak wat ape ape kan)...

Udah udah ler tu.Bukan nyer best ber bad mood.Buat sakit muka jer.Kan aku cakap kalau kite masam,kite force kan muscle muke lebih banyak dari senyum.So now aku nak senyum.Senyum seindah suria....yang membawa cahya...

Ni aku tengah dengar lagu Segalanya...Kalau sesapa yang tengok AIM 2004 (Technically error aku miss tengok...ala takpe...tak luak pon), Lagu ni dibawa oleh cik Siti,Ning,Sarah,Misha and Liza Hanim.Amik ko.Semua Diva Diba Pop and R and B.Lagu ni diorang amik dari melodi lagu 'My All'.Tapi lirik die dalam Bahasa Melayu.Lukhman S yang buat.Tapi bile dengar balik,tak masuk die punyer lirik ngan lagu.Sebabnya,lirik tu macam dibuat semata nak masukkan dalam lagu.

Selaku seorang yang pernah menulis lirik untuk pasukan nasyid sekolah (ceh ceh ceh), aku rase, lagu tu akan tambah lagi sedap kalau lirik die masuk.Wording yang cantik akan mencantikkan lagi Irama or rhythm lagu.Macam lagu Hazami yang Sonata Musim Salju tu pon aku rase wording die memang out.Sukar untuk aku terima.Maybe sebab aku dah biase dengan verse Korean punyer kot.Tapi maybe ade satu lagu yang kite tukar rythm die pon, akan sedap seperti sebelum nya.Lagu happy besday...happy birthday to u(the previous one cik Tuty lah ek).Selamat hari jadi....Seng il cuk ha hamnida....

Antara lagu yang sedap bile die ditranslate.Lagu Ketchup Song-I say lehe..lehe... and the other one is I will survive..To tell u the truth,aku dengan lagu I will survive ni dalam bahasa France mule mule.Tapi memang best..Tak sangka lak lagu tu ditranslate ke dalam banyak bahasa.

So pendek kata.Kalau nak tukar lagu My All tu..Biar aku yang tukarkan...di kala mood bersajak ni masih ada.huhuhuhu...Upset gak bile Lukhman S punye lirik kali ni tak berapa mengancam.Teringat lagi lirik lagu Lukhman S yang aku suke...Kemelut di Muara kasih...kak ZZ nyanyi.Sungguh sedap sekali liriknya and melodi die.Melodi sape lagi kalau bukan Saari Amri yang cipta....Kelas gitu...Tapi kalah gak mase juara lagu ngan Kak Siti...frust menonggeng aku mase tu.Mase tu minat ZZ lagi...kekekekeke....lawak pon ader bile ingat.Tapi sekarang ni dua dua aku suke.hahaha.Pueh hati...Tapi lagi banyak kaset Siti dari keset ZZ.Camner tu...wakaka...

Hmm ape nak cite.Tapi lagu 'Segalanya' ni sweet gak.Suke mase part Siti tarik "Ku berikan emas,intan dan permata bukan kaca kilau tak berharga..."Dalam banyak banyak tu memang kak Siti gak bawak sedap.Liza Hanim,Misha,and Sarah tu pon dah terikut ikut bangat ngan style lenggok kak Siti.Ning jer yang still ader performance sendiri..Aku pon nak buat performance sendiri lah gak....hahahahaha..perasan.. Eh,korang tak nak tanye ke aku download kat mana...Rahsia...tak leh kasi tahu.Lagha syeikh...lagha....kes kes kes.

So oklah.Report dah abis.Nak tido.Good nite....


Husband to somebody quoted pictursque at 12:14 am

|

Image hosted by Photobucket.com

Wednesday, April 28, 2004

Kesat Air Matamu Dengan Lengan Bajuku

Terkadang,
Sampai satu ketika,
Sebuah mimpi ngeri,
Akan datang menguji kita.

Terkadang,
Tanpa kita sedar,
Sebuah episod luka,
Akan melatari riak kehidupan kita,

Siapa jua yang menyangka,
Siapa jua yang mahu menduga,
Tenang air lautan dinihari,
Entah esok rakus bergelora,
Karam kapal kehidupan,
Di jurang terakhir,
Lenyap bersama memori semalam.

Siapa yang akan tahu,
Terang mentari hari ini,
Esok bertukar tengkujuh,
Taufan menerlus,
Membaluti perasaan,
Yang sering berombak,
Tetapi tiada pantai,
Untuk dihempas.

****

Maafkan aku,
Membuatmu jadi sebegitu,
Sesungguhnya,
Itu semua bukan niatku,
Bukan lahir dari jiwaku,
Bukan aku yang sebenarnya begitu.

Kita masih tercari cari,
Sinar mentari hari esok,
Cerah pelangi yang bisa,
Mencorakkan erti kehidupan kita,
Melatari bunga kasih,
Yang akan berkembang,
Untuk seribu tahun lagi,
Tidak sekali layu,
Bersama tulip yang berduri.

Sayang,kesat air matamu,
Kerana linangan itu,
Adalah Lahar yang tidak akan padam,
Hangatnya kekal ke penghujung,
Bara yang mampu bisa,
Meleburkan lagi salju kasih ini.

Sayang,kesat air matamu itu,
Dengan lengan bajuku,
Genggam erat jemari ini,
Jangan sekali kau lepaskan,
Biar simpulan ini,
Kejap dalam satu pengertian,
Pengharapan dan pengorbanan,
Demi Kebahagian,
Yang kita nukilkan,
Dalam kamus kehidupan.........


Nukilan Khas,
Kuzer.....hati bergelora......


Husband to somebody quoted pictursque at 11:29 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Tuesday, April 27, 2004

Salam antara benua

Sudah lama ingin kusampaikan syair ini.
Untuk kukhabarkan padamu.
Di sana.
Sebuah benua terasing.
Dan baru kini jariku mampu menari.
Menitipkan kalimah untuk sampai ke pangkuanmu.
Aku tahu ini bukan puisi yang kau tunggu.
Biar sahaja syair ini ditiup semilir angin.
Tanpa dibisikkan di hujung cuping telingamu.

Untuk mu.
Persempadan dua benua ini.
Adalah satu perpisahan yang terasing.
Kita ditakdir berjauhan.
Untuk dirapatkan dalam ingatan.
Kita dipisahkan.
Bukan untuk pertaruhan.
Tetapi sebagai penguat dalam pertempuran.
Menempuh medan perjuangan.

Jeritan ku disini tak kau dengari.
Dan launganmu dari sana.
Tidak langsung singgah di gegendang ini.
Salahkah telinga ini.
Salahkah deria ini.
Atau sandarkan sahaja.
Semua ini pada diriku.

Bukan niatku berdiam.
Aku perlukan dirimu,
Sebagai teman bicara.
Tapi persempadaan ini adalah satu batasan.
Untuk dibajai dengan kerinduan.
Untuk disiram dengan kepercayaan.
Dan dihiasi.
Dengan sutera kasih.
Penyemaian hati dua insan.

Dengarlah bisikanku.
Di tepi Sungai Han.
Adakah air dari sini.
Sampai ke Sungai Tigris?
Atau ke Muara Nil?
Jangan...
Takut nanti Muara Nil bah.
Banjir dengan tangisan.
Yang melimpah dari dalam hatiku.

Percayalah.
Sebenarnya hatiku telah tercalar.
Sementelah pengorbananku dipersia.
Segalanya tak kau hargai.
Aku bagai boneka.
Aku dihantar hanya untuk menghiburkanmu.
Sedangkan hatiku menangis.
Lara hati ini disemat jauh di sudut hati.

Adakah ada pelangi esok untukku.
Untukku kecapi sekilas.
Warna warna cantik itu.
Sebagai pengubat hati yang berdarah.
Warna warna yang mampu.
Memulihkan semangatku.
Meneruskan derap langkah ini.
Tanpamu di sisi
Menemani kesunyian ini


Nukilan Khas..
Kuzer......hati merintih....



Husband to somebody quoted pictursque at 10:50 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Sunday, April 25, 2004

My Memory

My memory,
modu kiokheyo ke sungan,
nunel kamemyon aju jagen il do boineyo,
u're far away,
dahel su obnen gose,
saranghandanen maldo,
kidarindanen maldo,
haji mot ha go,
jongmal mollasjyeo,
ke de irohke,
dashi mannal corom,
senggak jocha mot hessojyeo,
ajik nol saranghe,
ije rado nege kobekhalge,
i wanna love u forever,
mut ji anat daga,
no wa hamke,
yong wonhi..

oret dongan,
keden na eik kaseme,
manen sigan hellodo,
aju molli issodo,
sara issojyeo,

jongmal mollatjyeo,
ke de irohke,
dashi mannal chorom,
senggak jocha mot hessojyo,

ajik nol saranghe,
ije rado nege kobek halge,
i wanna love u forever,
mutjianat daga,
irohke na wa hamke,
yong wonhi....


Husband to somebody quoted pictursque at 11:48 pm

|

Image hosted by Photobucket.com



Merisik Khabar

Mengapa aku jadi tidak menentu keranamu...
Malam ku suram,
Siang ku kelam,
Ku kegelisahan,
Mencari cari ke mana pergi,
Harga diri ini,
Bertanyakan berita,
Merisik khabar mendengar cerita,
Melaluinya kau ku hampiri,
Tiap hari,
Bersama luka di hati.........


Husband to somebody quoted pictursque at 10:04 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Saturday, April 24, 2004

Fresh pictursque

Alhamduillah, setelah sekian kalinya,aku berhijrah lagi ke skin yang baru.Tak lah lawa mana pun,bagi aku ni simple jer,sebab aku tak terror sangat hotmail ni.Untuk kali ni aku tak guna pon frontpage ke,photoshop ker,just biase biase jer.Guna image image yang bagi aku,aku sangat suka.

Well,tema aku kali ni is picturesque.Aku gunakan sedikit sentuhan abstrak,colourful-cherish painting.Background aku pilih kali ni tema bunga putih,oil painting warna turquoise.Mungkin kali ni template aku agak berbeza dengan template yang aku gunakan sebelum ni.

Bermula dengan layout warna ungu hindu (kalau hindustan ok gak...hehe),pastu dengan rainbow,and then karikatur of naruto(betul ke ejaan ni),akhirnya aku pilih artistic touch.This is me.Kenapa aku cepat sangat tukar layout ek.Hmm sebabnya yang layout rainbow tu terlalu simple.Bile aku godek godek pon,krom warna die tak leh nak matching antara satu sama lain.Tu sebab aku pilih layout kedua which supposed to be cartoon naruto tu.Konon kononnya nak nampak lebih grunge-active-hyper-ala ala engineer,siap letak lagu Akustatik...kAu UmPaMa MeRpAtI pUtIh....

But,bile aku teliti balik,layout tu tak mencerminkan aku.Aku sendiri tak pernah tengok Naruto.Ader la jugak join venture kawan kalau bukak,tapi aku tak addict dari first episode sampai last.So,aku rase layout tu bagi aku meaningless..Aku fed up.So aku tukar la layout yang the latest ni.

Bukan senang tau nak tukar.Nampak macam simple.Aku search skin yang paling sesuai dengan mood aku dari hari Khamis hari tu sampai ler semalam, hari jumaat.Dari balik solat Jumaat tu aku try carik kat blogskins, rase rasenyer dari pukul 4 tu sampai ler pukul 9 malam.Dah kate abis exam.Sibuk la carik carik.Last last terjumpa la skin yang hampir hampir menepati citarasa aku.

But tak abis di situ, aku kena tukar kan semua warna tulisan die.Which is supposedly sebelum ni warna kuning kelabu tahi anjing (boleh imagine ke warna tu?.).Pendek kate warna dia memang aku tak berkenan.So aku tukar satu demi satu tulisan die.

And then masukkan image painting ni.Ini jugak satu masalah.Bukan masalah untuk masukkan imej,tapi masalah nak cari imej yang sesuai.Aku sangat la cerewet.Nak cari imej ni pon memakan masa yang lama tau.Cari kat search engine.Wa.......serius makan masa.Terpaksa aku senaraikan imej yang aku suke dalam notepad dulu.Then rearrange balik.Malam tadi pukul 3 baru aku tido.(Kan bagus kalau stay up untuk study,ni tak abis abis dengan skin die----ala leks aaa sihom dah abis...)

Hmm kali ni aku ader sikit gunakan warna hitam as background sebab hitam ni kind like good tone combiner when there are a lot of colours....hehe....dah katakan aku interior designer kan.Kena la cakap secara designer code....

Bile cakap pasal design ni teringat lak aku kat majalah Anjung Seri.Ala takkan tak tahu kot, yang majalah pasal hiasan dalaman rumah tu.Dulu aku selalu belek belek majalah tu.And ruangan yang aku takkan miss is ruangan muka depan yang dia ceritakan tema untuk front page.Kat muka depan tu dia terangkanlah ape tema untuk bulan tu, contohnya Tema kedesaan Inggeris ke,moden ker,Nusantara ker, Mediterranean ker,Ethnics ker...Hmm cam tu lah.Die terangkan la kenapa design macam tu, full explanation,pendek kata kalau baca tu terasa design die lawa la sangat sangat,but bile tengok biase jer.Tak ler semenggah mana...hehe...but kalau lawa tu memang lawa betul...

So, this is me.Baru la puas aku bile aku dapat create sendiri hasil titik peluh aku.Sampai waktu makan pon tertangguh dari pukul 7 ke pukul 12.Punyer semangat tu.Aku kalau commit, aku buat betul betul...But nak tahu gak pendapat korang.U are free to say.I give my ears la...Ke still nampak cam warna Hindu?huhu....

Hmm kalau siapa yang curious pasal Khat Calligraphy kat atas tu,The quote is...Auzubillahi minasy syaitanirrajim...Innallaha yughaiyiru ma bi qoumin,hatta yughaiyiruma bi an fusihim.Which means Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan ia mengubah dengan dirinya sendiri.

**** Foot Notes ****

Welcome back to Blogger world Cik Tuty.Keep on writing

To Cik Langsat, semua orang ader skill penulisan die sendiri.Because setiap manusia tu unik katakan....


Husband to somebody quoted pictursque at 10:24 am

|

Image hosted by Photobucket.com

Thursday, April 22, 2004

I'm back

Sepetang di pinggir bukit,
Anak dagang di perantauan,
Terkenang adik bukan,bukanlah sedikit,
Nasi kering dan tidak tertelan.

Ulang ulang sayang pergi ke titian,
Tambat kaki tekukur yang lalu,
Alang alang sayang kita bercintaan,
Hajat hati sekubur denganmu.

Pinggan retak di tapaklah tangan,
Makan sirih berpinang tiga,
Jalan semak sayang tanah berlumpuran,
Kerna kasih ku harungi juga.....


Feewit.....sedap tak pantun ni.Die lebih to seloka.Lama kite tak berpantun....so sape yang sudi tu...jawab jangan tak jawab.

Well theorical exam dah abis dah.Berdondang sayang lah aku.Exam kali ni.Entah la.Tak seperti yang ku jangkakan.Ader gak yang kantoi.Silap baca pon ader.

Tapi kan,mase exam mechanics of material tu.Aku bengang giler kat kyosunim tu.Bukan ape.Orang tengah exam die gi pressure suruh buat cepat cepat.Hantar cepat cepat.Just Imagine,baru jer 10 minit,die dah kate sape yang dah siap hantar.Kalau pikir balik,kite dah get ready revise berjam jam untuk menjawab soalan tu.Kengkadang kalau pressure,boleh lupe ape yang kita dah catch mase revision tu.Lepas tu, mase exam boleh sembang sembang ngan student.This is all bagi aku satu gangguan.Intrusion....

Mase ni aku rase lagi suke kalau periksa kat Malaysia.Tersusun jer.And undang undang pon diperketat.Kalau kat sini, sape dah abis boleh keluar sesukati jer.Korang tak pressure ke orang lain dah siap.Tunggu ko jer dalam dewan tu.Sepatutnya keluar tu biarlah serentak.Tak la memberi effect psychology pada other student.Fair.Macam jawab periksa SPM.Siap tak siap,keluar sesama.

Kengkadang bagi aku exam punyer psychology pon kena dipentingkan jugak.Tak fair kan.Kite dah study pulun pulun,pastu suasana dalam kelas tu membuatkan hati tak tenteram...tolong la lepas ni,strict kan sikit undang undang periksa.....ni geram lah ni....

But aku suke Kyosu Neyon kigwan aku.Sangat baik, siap membetulkan kesalahan aku...This is wrong.Cepat cepat aku betulkan....hehe....Siap speaking lagi tu.If u can't write it in Korean you are free to write in English.Tapi kan, since note dalam korea,tak terkeluar pon vocab english.So aku jawab dalam Korea lah kan.Baik tau Kyosunim ni,bukan kat aku jer,kat dak lain pon die datang and explain kalau tak paham soalan.Kyo su nim, sarang heyo....huhuhu...

Hmm ape lagi nak cerita....Ha, tadi aku chat ngan mak aku.Die gi secretary lunch ko.Bukan main lagi mak aku ni.Dulu die gi siap jumpe ngan kak Ziana Zain, and Siti lagi.Jealous aku.Dua dua tu peberet aku tu.But kali ni die kate Vince duet ngan Khatijah Ibrahim.Hmmm tak pe lah yang ni.Tak pandang pon.hehehe..

Lagi satu, mak aku bukan main lah happy nyer, dia dapat lucky draw ko.Mak aku ni kan memang murah rezeki die aku rase.Kalau gi majlis ape ape pun,sure dapat lukcy draw,dari toaster,slow cooker,macam macam lagi.But kali ni kan jeng jeng jeng.....die dapat Komputer.Pentium 4 lagi.Alhamdulillah.Komputer kat rumah tu pon dah seasoned....So boleh la adik aku buat assignment dengan gembiranye.Kesian kat adik pompuan aku tu,tiap kali buat assignment sure terpaksa guna laptop aku.Sebab computer rumah tu dah terlampau lembab sangat.....

Hmm tu jer lah luahan rase untuk kali ni.hehehe....kini kau kata hi hi, ku katakan bye bye....kau mahu caraku sempurna untuk mu...apa kau sangka ku ahli silap mata...ku berikan cinta kau berikan dusta...kini kau kata hai hai..ku katakan bye bye.....happy nyer aku...


Husband to somebody quoted pictursque at 4:19 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Tuesday, April 20, 2004

Tomorrow start

Sunyi jer rase nyer bile tak update blog ni.Huhuhu.Ader plak diri sendiri yang terasa sunyi.Macam banyak nak tulis.Tapi bile dah sampai nak tulis kat post,idea macam dah hilang jer.Dah lama tak meluah perasaan ni.Ape yang nak diluahkan ek.Opsss....Sabar sabar.Jangan nak terluah sampai nak termuntah.Rase lain macam jer ni.Agaknyer tadi makan nasi goreng banyak sangat(Not nasi serai.File dah tutup).Huhuhu..

Hmm esok ader exam Mechanics of Material.Banyak giller soalan die.Walaupun tak paham,tapi hafal jer jawapan die.Hmm itulah aku di sini.Tak paham pon hafal.Kengkadang tu macam kelakar.Sebab kite tak faham ape yang kite hafal.I mean bukan ler tak paham totally.Boleh la sesikit.Tapi kalau suruh aku terangkan sorry lah.But sometimes bile dah hafal tu,tetiba macam datang ilham...jeng jeng jeng.Tiba tiba terpaham.Kan seronok tu.Alhamdulillah.Mungkin ader pertolongan sebab dah baca doa sebelum revise.....Uiks...perasannyer die punyer doa tu maqbul....wallahualam.

Tu lah sebabnyer, indama uhibbu syain fazakkir.Hmm ape agaknyer maksud die.Terkeluar lah pulak dano arabic ni..Hmm maksud die,apabila kamu menyukai sesuatu maka sebutlah ia.....Ala macam post aku yang lepas lah.In order to immune to something kena la cakap bende tu berulang kali..Kalau tak paham jugak.Hmmm mujokkon hafal jer lah.Jangan banyak tanye.

Tapi kan aku dapat rase kan,bile dah dekat exam ni barulah memori aku jadi aktif.Kalau tu sorry ler nak hafal.Aku rase bile ader pressure ditambah lagi faktor mase membuatkan semua bende ini menjadi automatik.Hmm tapi nyer satu jer. Beberapa saat after exam,semuanyer akan hilang.Pakai buang ker tu..huhuhu....

Argghhhhh....Otakku sangat berat.Baru jer masuk waktu maghrib bagi kawasan kawasan yang sewaktu dengannya.Hayya alassolah.......

Bersambung....


Husband to somebody quoted pictursque at 6:03 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Sunday, April 18, 2004

Try try try...

Ok.1,2,3,

연소실 설계할때 고려할 경우.

1) Distance of lame Propagation 가능한 짧다.
2) 연소실 체적당 표면적의 비가 커야함.
3) 과열되기 쉬운 돌출부를 두지 말 것.
4) 가스의 유동이 잘 이루어지게 할 것.
5) 혼합기에 와류 (turblulence) 일어나게 하는 구조일 것.
6) 밸브기구가 간단하게 구성될 것.
7) Gas end 근처에 냉각면이 주어질 것.



Husband to somebody quoted pictursque at 11:45 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Saturday, April 17, 2004

My Memory

Tengah tengah demam periksa,ader hati gak nak tulis.Hmm nak cite sket berdasarkan tajuk tu.Memory.Semua dah biase kan dengan perkataan ni.Aku nak cite ler memory dulu dulu waktu exam.

Teringat dulu mase exam 2 minggu sebelum exam dah siap prepare dah.Mase first sem dulu selalu gak pergi study room.Study strength of material.Antara killer subject mase tu.Rajin betul masa freshies dulu.

Pastu beberapa hari sebelum exam,dah kena booking tempat.Kalau tak semua tempat laris macam goreng pisang panas.Most of the Korean study last minute.Stay up kat situ.Tak balik rumah.Oppss tak mandi lah gamaknyer.Just lap lap gitu.hehe.....

Tapi bile dah start sem 2,aku dah jarang ker study room.Suasana die agak kelam kabut bagi aku.And bau dalam tu agak kurang enak.So aku decide study rumah jer.Lagi selesa,senang nak makan,senang nak qada' hajat.And senang nak solat.Tak perlua la aku daki main building tingkat 5 utk solat asar and maghrib.

So sekarang ni pon aku di rumah.Sensorang dalam bilik.Boleh la kot concentrate sikit.hehe..yer yer jer.Concentrate update blog jer kerjenye...

So oklah....hi hi bye bye....


Husband to somebody quoted pictursque at 11:03 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Friday, April 16, 2004

Sejenak...seimbas...

Langkah kaki kananku...
Menyusuri lembah suci...
Bermulalah episod baru...
Dalam ketulusan hati...
Bila hati menghadap Tuhan...
Baru kusedar...
Ada kelemahan...
Terasa kerdil...
Kedhaifan diri...
Yang sentiasa hilang...
Dibawa arus keduniaan...

Tuhan...
Leraikanlah dunia...
Yang mendiam di dasar hatiku...
Kerana di situ tidak kumampu...
Mendidik dua jiwa...
Kerana fitrahku...
Baru kan terasa...

Apa yang ada jarang disyukuri...
Apa yang tiada sering dihiraukan...
Apabila hilang nikmat yang ada...
Baru syukur datang menjemput....


Husband to somebody quoted pictursque at 3:38 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Thursday, April 15, 2004

We lost 3 and we keep 3 in profit.

Buat julung julung kalinyer aku gi Foot ball stadium menyaksikan perlawanan antara Korea ngan Msia.Belum ape ape satu gol dah dimasukkan dalam gol Msia setelah wisel game permulaan ditiup.Gamat stadium tu.Excited nyer Korean ni.Dengan keadaan yang tegang dan diselang seli dengan ucapan 'dae han min guk' cukup menghangatkan aksi perlawanan.

Tapi kami ini tetap memberikan semangat.Laungan 'Malaysia Boleh' and lagu 'Inilah barisan kita...yang ikhlas berjuang...' dinyanyikan berselang seli.Bunyi trompet,laungan Ma.. Lay..Si..A ca ca ca ca ca.Tepukan tangan 5 kali menggamatkan suasana.

Walaupun bilangan kami ni sedikit,tapi bile kami bersorak Korean pon terasa tercabar lantas diorang pon buat buat Ombak...wave,pusing satu stadium.But the wave got stucked in our Malaysian supportive team...huhuhu...

Bile aku gi stadium ni baru ler terasa rupenye kecik je stadium die.Tak ler besar sangat.Tapi dalam tv bukan main lagi besar nyer.Is this what we call optic illusion.Maybe kot.Aku pernah gi stadium Shah Alam.Tapi aku rase besar giller.And then tengok dari atas nampak kecik jer player die.Tapi tadi,aku rase kecik la pulak saiz die.Mungkin kedudukan kitorang dekat dengan padang maybe.

Aku mengambil beberapa snap gambar dengan camera di Hand phone ku.Thanks Anycall.U come in the right time.Tak bawak camera pon hari ni.Aku memula tak jangka nak gi stadium hari ni.But since ader tiket lebih,ape lagi panjang jer la langkah.Thanks for the sponsor.Wait,sape yang sponsor tu ha.Aku main cekau jer.Tak tahu sumber dari mana.For sure halal ek..huhuhu.

Ok sambung lagi.Terasa aku tak concentrate pada permainan tapi concentrate pada suasana yang ader dalam stadium tu.Maklumlah first time kan.Ramai nyer Korean yang datang.Berminat jugak diorang nak tengok ek.Hampir penuh stadium.Teringat dulu,mase zaman kegemilangan aksi sukan Bola Sepak Malaysia.Msia mampu tewaskan Korea.Sampai sekarang nama Mokhtar Dahari bermain di bibir Korean ni.But now taring skuad bola sepak Malaysia dah makin menghilang.

Aku expect Malaysia tak lah kalah teruk.Mula mula agak maintain permainan but it turns to be a-jom jom-slow play...sampai lah tembus 2 lagi gol.Aku dah start tawar hati.We win for the ticket free.We won the loud cheers.We win to get the happiness,cherish and the support for our motherland team.

But we lost 3 goals....Terasa lain kan bile tengok pasukan negara sendiri kalah depan mata.Kalau tengok kat tv tu lain la.Pas ni tobat tak nak support.Agak agak nyer la kan.Match ni dibuat mase maghrib,tu yang tembus 3 gol tu,dalam mase yang sama 3 rakaat maghrib hilang.Kalau die buat mase Asar, sah sah 4 gol tembus and 4 rakaat Asar hilang.Just imagine die buat mase Bulan Ramadhan.Sah sah 23 gol tembus.And sah sah 23 rakaat tarawih hilang.Never mind.We only lost 3 goals.Not too much.We deserved what we had done.Maknenyer team Masia kena kuat lagi berusaha.

Yang aku rase terkilan tu,bile abis main,player2 tu lambai dari jauh jer.Datang ler dekat sikit.Cakap ler ape ape kat supportive team ni.Penat tau.Abis klas terus gi.At least la,show something Richard....Ni lambai lambai dari jauh...tension gua beb.....Habis suara habis tenaga,habis air liur dah sorak.U see.We win the 'sorak' only.We win how to entertain ourselves in the football bloom-hot-enthusiasm overwhelming match.But in the other hand we loose the prospect heart from our player.Takkan malu kot.Kitorang tak tengok pon kekalahan korang.But kitorang nak tengok your tender heart towards us...arggh...I wont see any match of Malaysia again.Just see see in tv jer lah ekkk


Husband to somebody quoted pictursque at 12:33 am

|

Image hosted by Photobucket.com

Monday, April 12, 2004

Mase ni lah nak tu nak ni

Mase nak exam ni kan.Baru lah terasa nak jenjalan gi Myeong Dong shopping sehelai 2 baju.Mase dah dekat nak exam ni kan,baru lah terasa nak gi pasar kwang myeong,beli karpet.

Mase 2nd sem dulu pon aku berperasaan begini.Bile dah nak dekat exam ni lah baru terasa nak buat tu,nak buat ni...

Mungkin sebab rase tekanan agaknyer.Or mungkin sebab otak kite letih.So kite nak buat sesuatu yang merehatkan.

Hmmm untuk subjek kali ni.Fluid machine takde exam untuk mid term.So aku ader exam Combustion engine,Refrigeration,Mechanic of material.And maybe CNC.

Kengkadang tu aku pikir,aku belaja ni untuk periksa jer.Bile tanye balik ape dah belaja,tak tahu aku nak cakap ape.Adakah subject ni macam lampin bayi (pampers). Pakai and buang.Ish.Astaghfirulallah.Kan ke semua ni ilmu Allah.Tak baik aku cakap macam tu kan.

Ape ape pon.Aku rase nanti mase masuk U tahun 3,menyangap lah aku,kena start from zero.Kalau kat Dong Yang ni terasa macam honeymoon year lagi.Dugo boja.Tunggulah masuk tahun 3 nanti.Nangis tak nangis..

Hmm baru lepas masak sup.Encik Y ajak gi makan rumah die.Die masak spaghetti lagi.Sesuai.Tapi aku still ader benda nak hafal for Japanese Language.Thanks for the invitation Encik Y.

Itu jer lah.Doakan aku exam....


Husband to somebody quoted pictursque at 5:27 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Sunday, April 11, 2004

Demam exam

Sekarang dah start dah demam exam.Risau nyer aku kali ni.Banyak nak revision tapi tak tahu boleh abis ke tak.To all rakan seperjuangan semoga dapat buat yang terbaik.InsyaAllah

Fight fight fighting.Him naera him.....


Husband to somebody quoted pictursque at 5:42 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Saturday, April 10, 2004

So much to tell

Lately kebanjiran blogspot and weblog makin panas dan membara...hot...hot...hot...Aku memulanye agak confius dengan dunia blog ni.Sebabnya catatan seharian kite, dipublish untuk orang lain baca.So ini menyentuh sedikit privacy.

Which one day I realised that blog ni bukan sahaja dibuat untuk catatan seharian atau menyingkap kehidupan privacy seseorang.But Ia lebih untuk menyatakan buah fikiran,idea,perkongsian masalah secara sihat dan lebih mesra alam( informal ).

And secara peribadi aku menulis blog ni adalah sebagai satu kenangan.Kisah kehidupanku di rantau Kim Chee ni diabadikan dalam diari online ni.Sebab itulah aku banyak menulis kejadian yang berlaku dalam kelas.Macam mana Korean classmate aku make communication ngan aku,macam mana lecturer mengajar and tak lupe aktiviti yang aku lakukan kat sini.Aku percaya semua itu pasti akan jadi kenangan yang tak ternilai satu hari nanti.Worthless memory.

Kalaulah jurnal ni aku tulis mengisahkan rutin kehidupanku yang monotonous ni,memang tak menarik.Mule mule memang banyak cerita pasal aktiviti seharian.But lama lama bende tu dah jadi macam basi.So,aku kena tulis sesuatu yang fresh.Yang banyak hubungkait denga kehidupan di rantauan.

Mungkin ader yang kurang paham tentang sesetengah perkataan or suasana yang aku paparkan.Tapi aku harap tiada salah faham.Of all,aku free nak tulis ape ape as it is my blog.

Hmm...so itu ajer lah luahan hati ini.....sambung esok....


Husband to somebody quoted pictursque at 12:23 am

|

Image hosted by Photobucket.com

Friday, April 09, 2004

Seusia malam ku mencarimu...
Dihembus angin musim berlalu...
Mungkinkah kau lupa temu janji kita...
Kau gembira dengan teman teman mu...


Husband to somebody quoted pictursque at 8:40 pm

|

Image hosted by Photobucket.com



Eh! Iye ke ni?

Betul ke blogspot aku ni? kenapa dah tukar....sape yang tukarkan...Strange nyerrrrr...

******

Aku tetap suke warna putih....I don't prefer black for the background...so melancholic...

******

This one nampak lagi fresh....No more delilacs....no more winter colors....The sakura starts blooming...The winter is no longer here....So I need to change the mood.....with active modes

*****


Husband to somebody quoted pictursque at 5:11 pm

|

Image hosted by Photobucket.com



One question

Ader satu teka teki.Sape yang terror,betul jawapannyer,aku belanja Lotteria kat Kaebong 4 kori...

Soalan die berbunyi begini....

Jeng jeng jeng....

Ader satu kebun.Satu hari tu entah macam mana kebun tu terbakar.Semua buah buahan dalam tu terbakar.Kecuali 2 jenis buah.

Persoalannye....

Apakah 2 jenis buah yang tidak terbakar itu......dan kenapa buah buah tersebut tak terbakar....

Jawapan harus tepat....surat menyurat tak akan dilayan....

Sape bley jawab.....

Aku akan belanja Lotteria.....

Lumayan tu...

Burger udang....With Homil BBang....

Coke.....friessss......ice-creammmmm....yummy....

Not forget...........

Sundae....or any beverage....

Hmmmm ape agaknyer jawapan die....

Aku nak tido.Korang jangan tido...

Pikirkan jawapannya...

Bersama Burger udang di Lotteria......

Hanya di Lotteria saja yang sedap.......


Husband to somebody quoted pictursque at 12:00 am

|

Image hosted by Photobucket.com

Tuesday, April 06, 2004

Bile aku dapat tengok Maria Clara.

Semalam aku lepas rindu tengok citer Amerika Latin kat laptop aku.Bestnyer.Lama dah tak dapat tengok.Drama favorite aku mase aku balik kampung hari tu.

Tak sangka pulak ntv 7 boleh tengok dari internet.Aku gi kat Akira Nagasaki punyer blog.Tengok tengok ader link tengok tv.Radio pon ader.

So semalam lepas gak la rindu nak tengok cite ni.Malam tu aku tipon mak aku.Cite kat die sambungan kisah tu.Terkejut die.Die tanye mana dapat tengok.Hehe...dunia dah global.Ledakan informasi di hujung jari...hehee..

Tapi hari ni aku try tak leh pulak.TV3, RTM,Channel 8 and 9 boleh pulak tengok.Nape tetiba tak leh aa..System down ek...

Tu la aku.Teraddict ngan drama...Ape kate aku jadi pengarah drama.Buat cite Sonata Musim Salju Di Kuala Pilah.Sure gempak punyer.hehehe...

Waa....ngantuknyer.Tu ler dah ngantuk baru nak update...kes kes...


Husband to somebody quoted pictursque at 11:30 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Sunday, April 04, 2004

Dah abis dah

Dah abis dah drama hesbit sodajida.Huhuhu.Sedih gak cite ni last last.But it turns to be happy ending.Aku tulis post ni sambil dengar ost drama ni which I had downloaded from soribada.

Waa....drama Korea ni sememangnya kuat panahan die kan.Semua nyer akan jadi best kalau kite follow dari awal.Aku yang jenis kalau dah tengok first episode tu,akan stick sampai habis.Aku commit betul kalau tengok drama.Ish ish ish...

Hmm anyway aku dah malas nak stick lagi kat drama drama ni.Tapi tu ler,tak leh tahan kalau dah tengok tu
mesti terus stick.....aaa.cam ner ni.

Cute tol ler So Hye Kyo mase die senyum.Suke tengok die senyum.Senyumlah macam sunflower ek......


Husband to somebody quoted pictursque at 11:56 pm

|

Image hosted by Photobucket.com



04.04.04

Cantik kan hari ni punyer tarikh.Aku baru perasan bende ni tadi.Mase kat gelanggang sukan futsal.Kat mana ek.Kat kamera sape ek.Hmm tapi yang penting nyer hari ni agak cantik die punyer tarikh.

But tak silap aku Korean tak suke no 4.Sebab nyer bacaan 4 dalam Korea sama dengan bunyi untuk chinese character yang bermaksud mati (sa).Kalau dekat hospital tu memang takde tingkat 4.Terus tingkat 5.

And aku notis kat asrama Dong Yang pon takde no. 4.Instead diorang tulis f.Stands for four kot.Macam tu sekali kan.

Hmm aku suke jer no 4.Tak tahu ler nape.Mungkin adik beradik aku ader 4 kot.Jersey kuning aku pon no. 4.Ader jersey tak semestinya terror main bola.Aku ader alternatif lain selain bola.hehe.

*****

Tadi ader permainan futsal.Seperti biase aku menjadi striker....hehe.Striker belasah makan keropok dan air yang ader.Hehe.Kenyang giller.

Aku memang dari dulu tak reti ler main bola ni.Fobia after satu kejadian.Spek aku senget after menerima sepakan kencang seorang senior.Fobia habis....hehe....Spek baru lak tu...

Ala kisah lama kan.No need to cerita balik la kan.Cube buat pertandingan swimming ker.Nak gak aku jadi first runner up...hehe.....Pelik pelik ler demand ek.

Tadi pon wat julung julung kalinyer girls main futsal.Tengok ok jer diorang.Tapi tengok ader sikit gaye main netball...hehe...tapi respect ler kat korang.At least terror mengawal bola.

Ok....aku nak tengok hetbit sodajida..


Husband to somebody quoted pictursque at 9:23 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Friday, April 02, 2004

Think as an engineer

Aku kan kengkadang terpegun dan terkesima dengan pensyarah pensyarah yang ajar aku.Diorang kalau mengajar penuh dengan semangat,penuh dengan informative(walaupun aku tak faham 40 peratus daripadanya), but from gayanya kita dapat tahu yang diorang ni penuh dengan ilmu.

Kalau pensyarah yang cite pasal engine tu,die ingat semua semua pasal engine.Cam mana nak berfungsi,relatekan dengan syarikat kereta yang ade sekarang.Penerangan die pasal engine,tak berhenti selama satu jam berturut turut.Rehat 10 minit and sambung lagi untuk sejam yang berikutnya.

Aku kengkadang terpikir,diorang ni hafal skrip ker.Memang fasih menerangkan subjek yang diajar.Secara peribadi aku amat respect golongan pendidik kat kolej aku.Amat berpengalaman and really bright professor.

Aku terpikir gak.Aku ni amik mechanical,tapi adekah aku berfikir secara mechanical engineer jugak.Aku rase,aku masih lagi tak mampu berfikir secara engineer lagi.Tu ler sebab biler ader subjek yang memerlukan pemahaman seorang mechanical engineer aku jadi blow.Tak leh nak cope ngan engineer punyer measurement.

Tertanya tanya gak,bile aku akan sampai tahap aku boleh pikir as an engineer.Boleh relatekan ape yang aku belaja di antara satu sama lain.Contohnya pengaplikasian Fluid mechanics and also Mechanical of materials etc etc etc.

It is not easy to think as an engineer right now.Maybe sebab aku baru di tahun 2.Masih mencari cari.Menguatkan formulae.

Ah...aku nak jugak jadi macam pensyarah aku.Expert pasal bende engineering ni.Seronok dengar cite diorang.Maybe they are born with it.Aku ni tak perfectly be born for an engineer.Tapi mana tahu tetiba satu hari nanti aku menerajui 'hijjaz kasturi' bina twin tower kedua.Siapa tahu.Tuah ikan nampak di insang.Tuah manusia sape yang tahu.

Ish ish ish,tengok tu,kan kena pikir macam engineer.Sibuk nak bersastera lagi.So start from now,kena think as an engineer.No more sasterawan or seniman.U are IR now.

Maybe after this kena tukar layout.Kena guna layout yang nampak ke arah engineering.Gagah dan lebih berani.Lagu pon kena tukar.Yang lebih segar dan fast number.Sorry pada peminat lagu beauty and the beast ni.huhuhu...

tamat....


Husband to somebody quoted pictursque at 11:01 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

Thursday, April 01, 2004

Can I get ur name?

Siapa siapa yang ada di tempat kejadian di waktu kejadian jer yang tahu ape makna frasa di atas tu.

*****

Waa hari ni ujan sampai ke malam.Syukur atas nikmat Allah.Sekurang kurangnya dapatlah menyegarkan udara,membersihkan jalan daripada kekotoran.Daripada muntah muntah orang yang over dos 'kencing setan' and jugak membersihkan jalan daripada najis anjing.

Kalau nak jalan kat sini tak leh pandang atas.Takut terpijak 'uk uk' anjing and takut terpijak muntah orang as well as other's saliva.Yuck kekkkk....Tulah sebab aku suke sangat hujan ni.Dapat menyegarkan alam semulajadi.Syukur pada Allah.

*****

Best nyer Mak Andeh masuk blog aku.....tapi kat blog aku ni mana ader ape ape tips kan.Just tempat luah perasaan jer....Lain lah Mak Andeh punyer blog,banyak petua and u can see a lot of the meanings of life in a lot of perspective of views....tu yang bangga tu die masuk blog ni.

Antara nama nama yang dah establish dalam dunia blog ni is Tok Rimau.Aku tahu semua kenal kan.Blog die macam macam ade,tips,gambar,video clip.Antara video klip yang aku suke is sorang child ni die nyanyikan lagu Anuar Zain 'keabadian cinta'.. sweeeet sangat.Cute.Rase nak cubit pipi die.

Kalau ler Tok Rimau kunjung kat blog aku ni,sure terharu aku.....

So ok.Nak tido....ngantuk.Macam habit lak,sebelum tido update jurnal...haha.....bye bye.......semimasen


Husband to somebody quoted pictursque at 10:46 pm

|

Image hosted by Photobucket.com

~ Schoolmates ~

Fidden
Huda Soid
Honey Chunli
Alang Tengah
Ghafirah Idris
Mueez
Adli


~ Colleagues ~

Jt
Cik Bawang
Bashira
Wear
Blue
Alan
Aie


~ International Friend ~

Faiz
Toriq
Wenkt
Tuty


~ Geju ~

Bahtiar
Tatasumitra
Hanya Sayang
Auntie Sya
Mak Andeh
Tipah

~ Check also my fotopages ~

Kuzer's fotopages




Past Time Story

February 2004
March 2004
April 2004
May 2004
June 2004
July 2004
August 2004
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
November 2005
December 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
June 2006
July 2006
August 2006
September 2006
October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
June 2007
July 2007
August 2007
September 2007
October 2007
November 2007
December 2007
January 2008
February 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
August 2008
September 2008
October 2008
November 2008
December 2008
January 2009
March 2009
August 2009